Monday, August 17, 2015

Jangan Terikut Dengan Prasangka Buruk – ADUN Luit

17 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Adakah kita ini boleh digelar sebagai seorang yang bertanggungjawab jika tugas kita hanya mencari sisi negatif serta menimbulkan persepsi semata-mata tanpa bersandarkan fakta yang benar, soal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi.

Sehubungan itu, tepatlah pesanan Rasulullah s.a.w. yang meminta supaya umat Islam berhati-hati daripada tindakan berprasangka buruk kerana kesannya adalah amat buruk kepada keutuhan dan kesepaduan umat, tambahnya lagi.
yb-nurhidayah-shahaimi-adun-luit-pahang-umno-bn
“Sebab itu kita dapat lihat, ada segelintir pihak yang tidak akan berhenti memecah-belahkan umat Islam. Realitinya kita dapat melihat apa yang telah terjadi di beberapa buah negara Islam di luar.

“Modus operandi mereka ini… mereka akan menyerang dengan menimbulkan pelbagai persepi negatif kepada pemimpin negara itu. Dan itulah yang terjadi di dalam negara kita ini, sebenarnya bukan sekarang sahaja, dari dahulu lagi pemimpin-pemimpin negara kita diserang dengan pelbagai gambaran sisi negatif walaupun pelbagai kebaikan yang dibuat.

“Dalam al-Quran pun ada ingatkan, tidak sesekali orang Yahudi dan Nasrani akan reda dengan orang Islam selagi kita tidak mengikuti cara mereka. Begitu juga dengan ayat yang menyuruh kita selidiki dahulu kebenaran sesuatu berita,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Mereka ini sebenarnya iri hati atas kejayaan kepimpinan negara mengurus tadbir negara sejak merdeka lagi, iri hati dengan kejayaan kepimpinan negara yang berjaya membantu masyarakat Islam di Bosnia Herzegovina, menjadi orang tengah atas perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF dan juga bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza hinggakan disebut bahawa Malaysia adalah rakan istimewa bagi Gaza, tambah Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia itu lagi.

“Semua ini kerana apa? Kerana orang luar melihat kepimpinan negara kita mempunyai kredibiliti bukan sahaja yang berkaitan hal dalaman negara malahan prihatin terhadap apa yang melanda umat Islam di luar sana.

“Tetapi terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja tidak menghargai malahan melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas kepada kepimpinan negara.

“Mungkin kita boleh bertanya kepada golongan-golongan yang suka mencari kesalahan orang lain ini, apakah sumbangan mereka kepada masyarakat jika merasakan diri lebih baik dan sempurna daripada orang yang diselarnya itu?,” soal beliau.

Beliau juga seterusnya menyatakan jangan menganggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan ringan. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud: ‘Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.’

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment