Monday, August 17, 2015

NGO Desak Halang Bersih 4.0

KUALA LUMPUR : Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di hadapan kompleks beli-belah Sogo hari ini bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menghalang Bersih 4.0 daripada berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos ini.
http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2015/05/bersih-3.0.jpg
Kumpulan yang diketuai Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, pihak berkuasa terutama polis dan Peguam Negara perlu mengambil pengajaran daripada penganjuran siri-siri Bersih terdahulu yang telah merosakkan serta memudaratkan kehidupan seharian warga kota.

Mereka yang berkumpul pada pukul 4.30 hingga 5 petang itu turut meminta rakyat Malaysia tidak melayan agenda perhimpunan yang akan diketuai Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah berkenaan demi kesejahteraan dan ketenteraman negara ini.

“Kita mendesak pihak polis bertindak terhadap penggerak-penggerak Bersih 4.0 dan Peguam Negara mendakwa mereka di atas nama kecintaan terhadap keamanan. Tangkap mereka, dakwa mereka dan penjarakan mereka.” katanya kepada pemberita ketika perhimpunan tersebut.

Kira-kira 100 orang mewakili lebih 15 NGO menyertai perhimpunan tersebut yang dinamakan ‘Bersih 4: Cintakan Keamanan, Menyokong Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menolak Bersih Jahat Berhasrat Menjatuhkan Perdana Menteri’.

Dalam pada itu, Jamal membe­ritahu, sekiranya Bersih 4.0 masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan tersebut, beliau tidak teragak-agak untuk mengumpulkan lebih 10,000 orang pada 29 hingga 31 Ogos ini dan bertembung dengan Bersih 4.0.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment