Monday, August 17, 2015

RTM, SKMM Perlu Lebih Agresif Tangkis Tohmahan

Sejak kebelakangan ini fitnah, tohmahan serta tuduhan tanpa fakta yang sahih terhadap kerajaan semakin sukar dikawal.
https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/fc/SKMM-MCMC-2014.png
Internet dan media sosial te­lah digunakan seoptimum mungkin oleh pihak tertentu untuk menghentam kerajaan. Serangan oleh Red Bean Army masih berterusan.
http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/rtm.jpg
Sama ada betul atau tidak, ramai rakyat terpengaruh dengan fakta songsang. Buktinya, sema­ngat cintakan negara dilihat semakin tahun semakin pudar.

Yang paling mudah, kibaran Jalur Gemilang di kereta dan di premis semakin kurang mendapat sambutan, kecuali apabila ben­dera percuma diberikan.

PRU-14 sudah tidak jauh. Ha­kisan sokongan di PRU yang lalu harus diambil iktibar. Semua jentera kerajaan tidak harus terus berada dalam zon selesa.

Ramai kakitangan kerajaan menyokong pembangkang bukan lagi rahsia. Sembang di kafe, pejabat, hatta di masjid dan surau juga tidak memihak kepada kerajaan.

Penyokong kerajaan berasa tersisih dan malu untuk berhujah kerana isu yang dibangkitkan sukar untuk disangkal. Semua pe­mimpin perlu bermuhasabah diri.

Di mana peranan RTM sebagai media rasmi kerajaan serta Suruhanjata Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangkis semua tohmahan ini?

Disediakan oleh :

Cintakan Negara
Pulau Pinang
(Utusan)

No comments:

Post a Comment