Dalam kata mudah, ia tidak melibatkan wang rakyat atau wang kerajaan.
Monday, August 17, 2015
Muhyiddin Perlu Adu Pada Lembaga Disiplin UMNO, Bukan Perwakilan
EDITOR MENULIS...
17 OGOS 2015
Mengambil kesempatan menimbulkan kesangsian terhadap Presiden UMNO,
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan tergamak menggunakan platform
pentas UMNO untuk menyerang Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai RM2.6
bilion.
Masih tidak habis dan selesai lagi pertikaian RM2.6 bilion dimasukkan
ke akaun peribadi Najib? Kenapa bersungguh-sungguh benar Muhyiddin mahu
tahu tentang RM2.6 bilion itu? Bertanyakan di mana baki wang tersebut
di depan para perwakilan UMNO?
Sudah berbuih-buih mulut dijelaskan tentang RM2.6 bilion itu.
Terbaru, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata beliau dan bendahari parti tahu tentang duit RM2.6 bilion dalam
akaun peribadi Najib. Maka Muhyiddin akan pertikai mengapa Timbalan
Presiden tidak tahu?
Persoalannya, apakah di dalam Perlembagaan UMNO itu memberikan arahan
kepada Presiden UMNO untuk memberitahu berapa ringgit wang keluar masuk
UMNO kepada Timbalan Presiden? Jika ada, mohon Timbalan Presiden
tunjukkan.
Sekiranya ada permasalahan mengenai dana RM2.6 bilion itu, saya
yakin bahawa ia adalah masalah dalaman parti. Wang itu adalah wang untuk
kegunaan parti. Jadi secara jelas, ia hanyalah melibatkan kes internal
sahaja, bukan?
Dalam kata mudah, ia tidak melibatkan wang rakyat atau wang kerajaan.
Jadi, sekiranya Muhyiddin berpandangan mempertikai mengapa wang
tersebut disalurkan kepada akaun Najib, maka selaku Timbalan Presiden
UMNO, saya yakin beliau tahu tentang undang-undang di dalam parti,
bukan?
Mengapa tidak laporkan pada Jawatankuasa Disiplin UMNO? Mengapa perlu
perkara tersebut diadu domba pada para perwakilan di majlis perasmian
UMNO Bahagian? Mengapa pula sengaja dijaja cerita itu kepada mereka?
Apakah Muhyiddin cuba mencetus persepsi buruk ahli UMNO terhadap
Najib? Apakah Muhyiddin fikir dengan berbuat demikian maka beliau akan
dilihat sebagai ‘hero’ yang akan diangkat sebagai Presiden selepas
menjatuhkan Najib?
Apakah Muhyiddin fikir ahli-ahli UMNO di depannya itu merupakan
anggota Lembaga Disiplin UMNO? Tidak, bukan? Jadi untuk apa diceritakan
pada mereka? Untuk menarik simpati dan memburuk-burukkan Najib? Cakaplah
terus-terang apa tujuannya…
Mungkin terlalu seronok disambut dengan sorakan yang kononnya beliau
‘teraniaya’, maka sewenang-wenangnya seorang Timbalan Presiden UMNO itu
boleh bermain politik dengan para perwakilan? Kononnya atas kebenaran?
Kebenaran untuk menjadi Presiden UMNO, kah?
Sehingga kini, saya belum dengar lagi satu patah pun perkataan
yang menjelaskan Muhyiddin akan membawa kes dana politik UMNO berjumlah
RM2.6 bilion itu kepada Lembaga Disiplin parti. Mengapa? Kerana
Muhyiddin sedar ia bukan satu kesalahan, bukan?
Jika ia bukan menjadi satu kesalahan, mengapa pula dimomokkan dan
mengadu kepada perwakilan UMNO kononnya menyalur dana politik ke akaun
Presiden seolah satu kesalahan untuk tidak diberitahu pada Timbalan
Presiden? Sengaja mahu mencemar imej Presiden?
Pada pandangan saya, Muhyiddin perlu mencontohi sikap dan
perjuangan Tun Ghafar Baba.
Walau beliau disingkir secara ‘kotor’ oleh
‘anak emas Tun M’, arwah sedikit pun tidak memburuk-burukkan Presiden
mahupun Timbalan Presiden.
Seharusnya, selaku seorang yang sebelum ini dilihat sebagai ‘orang
agama’, Muhyiddin perlu redha dan berlaku adil setelah Allah menarik
balik kuasa yang ada padanya. Belajar untuk mencari hikmah di
sebaliknya, bukan dengan mencetus kebencian terhadap Presiden UMNO.
Justeru itu pada pandangan saya, Muhyiddin perlu bermuhasabah diri
dan merenung kembali tentang tindakannya baru-baru ini yang
menghuru-harakan parti. Sebagai di antara ‘orang lama’ UMNO, janganlah
buat perangai sangat. Takut juga kalau habis aib dilondehkan Allah
nanti?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment