Monday, August 17, 2015
Jauhi Perbuatan Syirik !! Umat Islam Wajib Memahaminya
Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat
Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan dan bertenung nasib
Bagi seseorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu
tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga
banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang
kepadanya menerusi jampinya.
Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan
yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan
seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.
Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya
terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan
sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung
sebaliknya
Hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar
memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala
kecelakaan yang mendatang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment