Monday, August 17, 2015
Ada Yang Mahu Lihat Malaysia Kacau Bilau... Dengki Tak Habis-Habis
Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dan bijak menilai sebarang
maklumat terutama yang disebarkan melalui media sosial agar tidak
terperangkap dengan agenda pihak luar yang mahu mewujudkan suasana
kacau-bilau di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
berkata, kebelakangan ini ada pihak luar sengaja menggunakan media
sosial dan portal berita untuk menyebarkan maklumat tidak tepat dan
berita berunsur fitnah kepada kepimpinan negara bagi menimbulkan
kebencian serta keraguan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin di negara
ini.
"Sebenarnya (pihak luar) bukan marah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri
Najib Tun Razak). Mereka marahkan Malaysia. Mereka tidak mahu Malaysia
ini stabil. Mereka mahu Malaysia ini huru-hara. Mereka sudah lakukan di
beberapa negara. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, kita mesti
memastikan negara kita dalam keadaan selamat.
"Walaupun kita marah, walaupun kita ada perbezaan (pendapat), namun
(hakikatnya) sudah tentu kita mahu negara kita selamat. Apabila sampai
masanya pilihan raya diadakan, itu hak kita untuk menilai. Tetapi jangan
mendengar satu pihak sahaja. Kita dengar semua pendapat.
"Kita perlu hormati antara satu dengan yang lain. Itu sebenarnya
pendekatan kita. Kita ingin melihat Malaysia ini menjadi sebuah negara
yang dihormati," katanya di Kota Kinabalu pada Jumaat.
Menurut Salleh isu-isu yang tersebar seperti 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) adalah dicetuskan pihak luar melalui portal berita mereka
Sarawak Report bertujuan memburukkan imej pemimpin negara dengan harapan
rakyat tidak puas hati dan akhirnya melakukan protes terhadap kerajaan
melalui tunjuk perasaan dan demonstrasi.
Bagaimanapun Salleh berkata, agenda buruk pihak berkenaan yang ingin
menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik terserlah sedikit demi
sedikit termasuklah dapatan bahawa kumpulan berkenaan menggunakan
dokumen yang telah diubah bagi menyokong agenda jahat mereka.
Salleh juga mengingatkan rakyat bahawa perbezaan pendapat adalah perkara
biasa namun mereka perlu berwaspada agar perbezaan pendapat itu tidak
sampai hilang pertimbangan rasional sehingga sanggup mewujudkan suasana
tidak stabil di negara ini termasuk ingin menjatuhkan kerajaan secara
kekerasan.
Katanya perlembagaan di negara ini sudah menetapkan bahawa setiap lima
tahun akan diadakan pilihan raya dan pada ketika itu rakyat bebas
menunaikan hak mereka sebagai pengundi untuk menentukan kerajaan yang
mereka mahukan dan inilah pilihan sebaik-baiknya bagi memastikan negara
terus aman dan selamat.
"Yang penting kerajaan telah mengambil langkah, agar masalah ekonomi
dapat diselesaikan. Tetapi ada pihak tidak mahu kita menyelesaikan
masalah ekonomi kerana kepentingan mereka ialah untuk menjatuhkan
pemimpin negara. Jadi mereka harap jika ada masalah ekonomi maka rakyat
akan marah, tunjuk perasaan dan berdemonstrasi untuk menjatuhkan
kerajaan.
"Kalau mereka ada dasar ekonomi, sila hidangkan kepada rakyat. Apabila
sampai masanya, apabila pilihan raya diadakan, rakyat bebas untuk
membuat keputusan," katanya.
Bagaimanapun Salleh mengingatkan rakyat supaya bijak menentukan masa
depan mereka dalam memilih kerajaan kerana kerajaan yang diterajui
Barisan Nasional (BN) hari ini, walaupun tidak sempurna namun telah
membuktikan kewibawaannya dalam mewujudkan negara aman dan stabil serta
maju dalam pelbagai sektor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment