Monday, August 17, 2015

Ada Ahli Politik Yang 'Pekak Badak' Yang Membangkitkan Isu 1Malaysia...

Penerangan sudah diberikan, tapi jawapan tidak pernah cukup... sebab ada ahli politik yang 'pekak badak' yang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan untuk mencari kebenaran sebaliknya untuk menfitnah kerajaan.

Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB pada Jumaat menyelar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kerana mengitar semula pelbagai isu pertu­duhan terhadap syarikat itu.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, pihaknya sudah menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Tony iaitu sejak Januari lalu melalui 48 pengumuman media.

Katanya, pengumuman-pengumuman itu pula dengan mudah diperoleh menerusi laman web syarikat.

Menurut Arul Kanda, Ketua Audit Negara juga telah membentangkan laporan interim bagi menjawab banyak persoalan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) iaitu pada awal Julai lalu dan Tony juga adalah ahli PAC.

“Ketua Audit Negara juga komited untuk mengeluarkan laporan akhir pada akhir tahun ini. Dakwaan Tony diragui kerana beliau seolah-olah tidak menyedari mengenai 1MDB yang merupakan syarikat yang paling disiasat di Malaysia.

“Kami telah berkongsi dan akan terus berkongsi semua maklumat yang berkaitan kepada pihak berkuasa sah seperti Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia(PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAC.

“Siasatan bebas, teliti dan profesional ini menjadi forum yang sesuai untuk menentukan kebenaran terhadap 1MDB,” katanya dalam kenyataan Jumaat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment