Monday, August 17, 2015
Kecohkah Sidang DUN Perak Pada 18 Ogos Nanti? DAP Memang Biadap Dan Kurang Ajar !!!
Entah apa pula kerenah DAP serta pembangkang lain kali ini ketika
wakil-wakil rakyat mereka menghadiri sidang DUN Perak ke 13 yang bermula
pada hari Selasa 18 Ogos selama empat hari sehingga 21 Ogos.
Ini kerana setiap kali berlangsung sidang DUN Perak, ada sahaja kerenah
atau sikap biadap dipertontonkan oleh wakil-wakil rakyat khusus DAP
sehingga ada yang berpendapat “mereka suka melakukan provokasi
semata-mata mahukan political mileage.”
Sama ada betul atau tidak, perbuatan mereka dalam sidang DUN April lalu
menunjukkan mereka lebih suka mencetus sensasi dengan menimbulkan
isu-isu yang tidak releven dari memainkan peranan sebagai wakil rakyat
dengan jauh lebih berkesan.
Kalau pada 2 April lalu, mereka (semua ADUN pembangkang) termasuk Nizar
Jamaluddin, Ketua Pembangkang dan wakil-wakil rakyat PAS lain memakai
baju berwarna hitam (gambar di atas) seolah-olah “berkabung” tetapi
perbuatan mereka dianggap oleh Barisan Nasional menghina Sultan Perak
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sama ada mereka sengaja atau terlupa tetapi hakikatnya sidang DUN yang
lepas adalah merupakan sidang DUN pertama dihadiri Sultan Nazrin atas
kapasiti sebagai Sultan Perak sebaik dimashyurkan menggantikan almarhum
Sultan Azlan Muhibuddin Shah.
Untuk rekod, kesemua wakil-wakil rakyat pembangkang belum memohon maaf
secara terbuka kepada Sultan Perak ataupun kepada rakyat negeri Perak
atas keterlanjuran mereka itu. Seolah-olah tidak ada penyesalan.
Walaupun berdepan satu situasi yang jauh tidak menyenangi, baginda
mengambil keputusan merasmikan sidang DUN ketika itu dengan dihadiri dan
disaksikan kesemua wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang yang masih
memakai baju berwarna hitam.
Apakah baginda murka perbuatan biadap wakil-wakil rakyat pembangkang itu?
Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir mendedahkan kepada media
bahawa Sulan Perak “murka” perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang
yang memakai baju serba hitam tidak baju uniform nombor satu seperti
yang diarahkan.
Sebagai bukti kemurkaan itu, baginda menolak untuk menghadiri sessi
majlis bergambar dan santapan dengan ahli-ahli DUN seperti kelaziman
sebaliknya baginda dan Raja Permaisuri Perak pulang meninggalkan majlis.
Ini belum pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Perak sejak berpuluh
tahun lampau.
Dan yang paling ketara, barangkali sebagai pengajaran, ialah wakil-wakil
rakyat pembangkang tidak dijemput menghadiri majlis pertabalan baginda
sebagai Sultan Perak yang diadakan penuh bersejarah pada 6 Mei lalu di
lstana Iskandariah Bukit Chandan. Baginda dimashyurkan pada 28 Mei 2014
berikutan kematian ayahndanya Sultan Azlan Shah.
Untuk rekod juga rakyat Perak dalam beberapa kenyataan media memohon
Sultan Perak menarik balik anugerah gelaran “datuk” dan “datuk seri”
yang dianugerahkan kepada dua tokoh pembangkang—Nizar dan Ngeh Koo Ham,
ADUN Sitiawan—semasa mereka berkuasa 11 bulan pada 2008.
Untuk rekod kekecohan dalam sidang DUN lepas bermula selepas wakil
kerajaan membangkitkan isu wakil-wakil rakyat pembangkang biadap kerana
memakai pakaian serba hitam pada istiadat perasmian dewan.
Berlaku pertikaman lidah antara Datuk Shahrul Zaman Yahya (EXCO
kerajaan) dengan Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) sehingga memaksa Speaker
mententeramkan keadaan. Lebih panas situasi apabila kedua-dua mereka
bertindak keluar dari sidang DUN secara serentak.
Menjelang hari pertama persidangan minggu depan, Speaker DUN Datuk Seri
S.K.Devamany dalam satu sidang media siang tadi (Jumaat) mengumumkan
persidangan itu ada nasihat penting buat kesemua wakil-wakil rakyat.
Beliau menasihatkan mereka agar tidak membuang masa dan memperuntukkan
peluang berbahas sebaiknya untuk membawa isu-isu setempat dalam Sidang
DUN ke-13 pada 18 Ogos depan.
Menjadi harapan beliau semua ahli DUN menggunakan masa yang
diperuntukkan untuk memberi idea yang bernas serta pada masa sama
cadangan untuk pembangunan negeri Perak.
Dengan nada tegas beliau mengingatkan para ADUN:"Saya mohon agar
kedua-dua belah pihak, baik pembangkang ataupun kerajaan agar tidak
membazirkan masa serta mengurangkan pertelagahan, . . . .dan fokuslah
kepada agenda pembangunan negeri ini.
" Janganlah porak-perandakan keadaan dewan dengan lontaran bahasa yang
kurang elok, membuang masa hingga adakalanya saya terpaksa memotong 10 -
20 minit berikutan hal ini."
Tetapi nasihat Speaker itu mungkin mengandungi sesuatu poin penting.
Lebih-lebih lagi wakil rakyat PAS sudah tidak lagi bersama DAP Perak
dalam Pakatan Rakyat (PR sudah berkubur,kata Kit Siang), kini PAS
tiakakan mengikut kehendak DAP lagi.
Sekarang bukan lagi masa berpolitik lagi sebaliknya membantu rakyat menikmati buah-buah pembangunan.
Bagi Devamany , semua wakil-wakil rakyat diperuntukkan 60 peratus
daripada masa perbahasan untuk menyuarakan permasalahan di kawasan
masing-masing. Adalah penting mereka melakukannya agar anggota Exco
berkenaan dapat mengambil maklum serta memberikan tindak balas.
" Saya mempunyai cadangan untuk meletakkan budaya membawa isu kawasan ke
dalam perundangan perintah-perintah tetap namun kita akan lihat kepada
perkembangan Sidang DUN kelak, sekiranya ianya diharmonikan dan
disejatikan oleh setiap wakil rakyat maka ianya tidak perlu lagi,"
ujarnya.
“Mereka adalah wakil rakyat daripada kawasan masing-masing jadi setiap
soalan daripada kawasan yang mereka wakili mesti ada.Walaupun ia belum
diwajibkan sekarang mungkin pada masa akan datang kita akan merubah
perintah tetap dengan mewajibkan perkara ini,”ujar tokoh MIC itu lagi.
Untuk rekod Devamany merupakan calon BN/MIC tewas dalam PRU ke13 di
parlimen Sungai Siput. Dilantik speaker,walau bukan milik MIC, atas
setiakawan dalam BN mengambil kira sebelumnya speaker DUN Perak juga
berbangsa India.
Kedudukan beliau dan rakan-rakan kini diperhatikan ekoran kemelut
dalaman parti itu menyaksikan presdennya (Palanivel) kehilangan jawatan.
MIC akan mengadakan pemilihan peringkat kebangsaan tidak lama lagi.
Dalam sidang media itu, Speaker juga menjelaskan dalam persidangan kali
ini, Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir akan membawa usul
mengenai pelan pembangunan lima tahun negeri Perak (2016-2020).
“Kalau kita tidak selarikan pembangunan kita dari segi komponen dan
perancangan berkemungkinan ianya tidak selaras dengan peringkat
pusat,”tambahnya lagi.
Ia merupakan pelan pembangunan lima tahun itu akan dibincangkan dalam
dewan. Ia selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang akan
dibentangkan oleh Perdana Menteri pada September depan.
Katanya lagi, adalah menjadi harapan dan hasrat beliau agar semua pihak
mengurangkan pertelagahan yang hanya membazir masa dan seharusnya
berfokus kepada agenda pembangunan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment