Tuesday, August 25, 2015
Kali Pertama PAS Tak Kerah Ahli Sertai Bersih... Apa Apa Pun Diucapkan TAHNIAH Pada PAS
Kali pertama sejak 2007, ketika Bersih dibuat, PAS sebagai tulang
belakang perhimpunan tersebut bertindak tidak mengerahkan ahli-ahlinya
menyertai acara itu.
Selama ini PAS merupakan penggerak utama yang memobilasi penyokong dari seluruh negara untuk menyertai Bersih.
Kali ini, PAS hanya hantar wakil saja dan tidak akan mengarahkan
mana-mana ahli dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan di ibu
negara, pada 29 dan 30 Ogos ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, PAS mengambil pendirian
sedemikian berdasarkan pelbagai pertimbangan termasuk pemilihan tarikh
Perhimpunan Bersih 4.0 yang tidak sesuai iaitu hanya sehari sebelum
sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
"Tarikh berkenaan juga bertembung dengan Siri Jelajah Munaqasyah Ucapan
Dasar Presiden PAS dan Perhimpunan Istiqamah hingga Kemenangan yang
berlangsung di negeri-negeri setiap hari Sabtu dan Ahad hinggalah ia
berakhir pada 3 Oktober depan," katanya.
Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS sendiri akan mengadakan satu
program besar iaitu Kongres Rakyat yang membabitkan ahli dan kepimpinan
akar umbi parti itu, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam, pada 12
September ini.
Kongres berkenaan antara lain bertujuan membincangkan pelbagai isu yang
membabitkan kepentingan bersama dan penyelesaiannya secara menyeluruh.
"PAS juga akan menganjurkan Himpunan 60,000 (H60K) yang sedang giat direncanakan," katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata PAS memang komited berjuang ke arah
tuntutan demokrasi yang adil seperti disuarakan oleh Bersih sebelum ini,
meliputi akses kepada media dan liputan secara adil, bebas dan benar,
pengukuhan institusi awam, penolakan rasuah dan seumpamanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment