Tuesday, August 25, 2015
Hajat Stacy Peluk Islam Tidak Dihalang Keluarga.... Alhamdulilah... Semoga Ibunya Turut Serta.. Aamiin
KUALA LUMPUR : Hajat penyanyi Stacy untuk memeluk agama Islam telah dimamklumkan kepada orang tuanya dan mendapat restu keluarga.
Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah
memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang
kehendak Stacy itu.
"Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu
dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu
berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” katanya kepada mStar Online
dalam sidang media di pejabat Astro di sini pada Selasa.
Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar, 53.
Stacy menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Abdullah.
Terdahulu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan
memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor.
Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut
ditemani kekasihnya Akim Ahmad dan ibu-bapa penyanyi lelaki itu.
Ia dilakukan kira-kira pukul 10 pagi Isnin.
Dalam pada itu Stacy berkata, sebelum ini dia sering mendengar mengenai
Islam daripada kakaknya sehingga hatinya terbuka kepada agama itu tetapi
tetap menghormati agama Kristian.
Dia juga menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim.
Malah Stacy turut memuji ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam.
"Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya
masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan
Islam itu sendiri,” katanya.
Ditanya pemberita apakah yang dia rasa selapas mengucap dua kalimah
syahadah Stacy berkata, perasaannya amat teruja ketika itu walaupun
tiada pengetahuan mengenainya.
"Masa tu saya sangat-sangat teruja. Bersemangat nak mengucap dan saya
menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya
ada bersama,” katanya yang terkenangkan kenangan bersama keluarga
selepas memilih menukar agama.
Stacy yang mahu kekal dipanggil nama berkenaan berkata, dia akan
mempelajari Islam secara berperingkat dengan memasuki kelas agama.
Malah dia juga berhadap semua pihak di luar sana tidak terus berdebat isu pertukaran agamanya itu.
Dalam perlkembangan sama Stacy meluahkan rasa terkilan apabila gambar
dia hadir ke pejabat agama Islam telah disebarkan kepada umum sehingga
menjadi viral di media sosial.
Ujar Stacy, pada waktu itu dia sanggup bersembunyi untuk masuk ke dalam
bilik dengan alasan tidak mahu dilihat orang namun ia tetap didedahkan
kepada umum oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun kata Stacy dia memaafkan mereka yang terlibat menyebarkan gambar berkenaan.
"Sebenarnya saya terkilan bila berita itu keluar. Saya nak rahsiakan
kerana saya nak masuk agama Islam dalam keadaan tenang. Saya percaya ada
orang dalam yang dedahkan tetapi saya maafkan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment