Tuesday, August 25, 2015
#Bersih4.0 : Sumbangan Derma RM1.5 Juta Tidak Didedahkan Sumbernya
Baru-baru ini Maria
Chin Abdullah mengistiharkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan
Adil (Bersih 2.0) telah menerima sumbangan dana lebih daripada RM1.5
juta.
Kononnya sambutan rakyat amat
menggalakkan sehingga mereka mendapat dana yang cukup untuk menganjurkan
demo haram jalanan mengikut acuan pembangkang.
Walaubagaimanapun pihak penganjur demo
haram jalanan tersebut iaitu Bersih2.0 tidak mendedahkan dari mana
sumber sebenar derma tersebut. Sebelum ini mereka dikatakan menerima
jumlah yang agak besar juga untuk membiayai aktiviti demo jalanan haram
ini yang diadakan hampir setiap tahun.
Apa yang cuba mereka gambarkan kononnya
rakyat Malaysia menyokong demo jalanan yang mereka anjurkan walaupun
pada hakikat sebenarnya ia lebih merupakan tindakan yang cukup tidak
bertanggungjawab untuk mengganggu ketenteraman awam rakyat Malaysia yang
lain.
Selain daripada itu juga, penganjur cuba
meraih populariti dengan mengadakan himpunan jalanan ini serentak di
Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan serata dunia kononnya walaupun
jumlah yang terlibat di tempat-tempat yang dinamakan itu tidak lebih pun
dari sepuluh orang. Mereka sekadar mengambil gambar kononnya mendapat
sokongan dari pelbagai tempat.
Menurut sumber,penganjur dikatakan
menjangkakan demo jalanan haram 4.0 kali ini akan disertai oleh lebih
setengah juta orang. Untuk makluman, pada zaman demo jalanan berada
dikemuncak dahulu pun, penyertaan lebih kurang 80,000 orang sahaja
selepas mengambil kira kapasiti stadium merdeka dan jalan-jalan
disekitar stadium tersebut.
Namun seperti biasa, mereka akan sentiasa
menokok tambah sebanyak mungkin dalam usaha mengambarkan betapa
hebatnya demo jalanan atau lebih tepat lagi pemberontakan oleh golongan
yang didokong oleh pembangkang ini.
Beberapa hari yang lepas, Pengerusi NGO
Bersih 4, Datuk Jamal Yunos telah menganjurkan himpunan BERSIH 4.0 yang
betul-betul bersih. Menurut beliau BERSIH yang dicadangkan oleh
Pengerusinya Maria Chin Abdullah, itu adalah satu BERSIH yang kotor dan
berniat jahat untuk menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk
menjatuhkan kerajaan.
Manakala Kempen Bersih 4 pada 2012, yang
telah dimulakan oleh Jamal pula untuk mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan rakyat. Kalau diimbas kembali sejarah BERSIH 1, 2.0 dan
3.0 tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan kempen BERSIH yang
diilhamkan oleh pembangkang itu bermanafaat.
Jamal juga mencabar pihak pembangkang
mengemukakan bukti bukannya sekadar pandai bercakap bohong dan menghasut
rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rasuah.
Sebenarnya majoriti rakyat Malaysia tahu
betapa munafiknya penganjuran demo jalanan Bersih 4.0. Mereka berpegang
kepada penipuan dan pembohongan sehinggakan mereka percaya kepada berita
palsu mereka sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment