Tuesday, August 25, 2015
Ringkasan Masalah Krisis Ekonomi Hari Ini Untuk Macai
KENAPA PASARAN SAHAM DAN MATAWANG SEDUNIA BERGOLAK JATUH?
1. Sejurus krisis kewangan dan ekonomi 2008, para
analisa ekonomi dan kewangan berpendapat ekonomi dunia bergerak dengan
‘two-track economy” di mana negara-negara maju mengalami kelembapan
ekonomi dan negara-negara membangun ekonomi yang cergas.
2. Mengelapai kumpulan negara-negara membangun adalah negara China di
mana ekonominya tersangatlah besar hinggakan dengan kuasa ekonomi
China, harga barangan asas seperti petroleum, arang (untuk menjana kuasa
eletrik), besi, minyak kelapa sawit, dan galian (metals) meningkat
naik.
3. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun mengalami ekonomi yang lemah lagi lesu.
4. Amerika Syarikat membuat keputusan untuk melonjakkan ekonominya
dengan merendahkan kadar bunganya. Mereka mencetak berbilion-bilion
matawang dan menggunakan wang tersebut untuk membeli bon-bon
Perbendaharaan Amerika. Duit tunai yang kini di pegang oleh
pelabur-pelabur yang menjual bon-bon itu berselerak ke pasaran-pasaran
kewangan di negara-negara membangun untuk mendapatkan pulangan yang
lebih tinggi dari bon-bon yang mereka telah jual tadi. Malaysia adalah
salah-satu dari negara penerima aliran tunai AS tersebut.
5. Akhir-akhir ini, ekonomi Amerika telah menunjukkan tanda-tanda
pemulihan. Bank pusat Amerika di katakan akan menaikkan kadar bunga,
“mengostankan” kembali aliran tunai balik ke Amerika. Ini adalah suatu
sebab-sebabnya matawang-matawang bebrapa negara membangun jatuh.
6. Di samping itu, negara China pula menunjukkan tanda-tanda
ekonominya tidak akan berkembang sekencang tahun-tahun lepas. Dengan
itu, permintaan untuk barang-barang asas menurun, membuatkan harga-harga
barangan komoditi menurun.
7. Di masa yang sama, susulan dari pemulihan persahabatan di antara
Amerika dan Iran, jualan minyak dari negara Iran di jangka akan
menambahkan bekalan minyak dunia. Di tambah pula, Amerika sekarang
mengeluarkan minyak (untuk kegunaan dalam negeri) dua kali ganda kepada
tahap tertinggi dalam tempuh 30 tahun kebelakangan ini. Oleh kerana
lebih banyak bekalan dari permintaan, dari tahun 2010 di mana minyak
berharga USD110 se tong, sekarang USD40.00 se tong.
8. Oleh kerana sekarang China pula perlu melonjakkan ekonominya, pada
minggu lepas China menurunkan nilai matawang Yuannya. Ini adalah untuk
membuatkan harga barangan eksportnya lebih murah di pasaran
antarabangsa.
9. Ini telah memberi kejutan kepada negara-negara lain, di mana
negara-negara lain juga perlu menurunkan kadar pertukaran matawang
mereka agar eksport mereka boleh berdaya-saing dengan eksport China.
10. Tetapi yang terutama sekali dalam menyebabkan pergolakan pasaran
matawang dan saham adalah penilaian para analisa ekonomi yang mengatakan
senario ekonomi dunia sejak dari tempuh 7 tahun lalu akan bertukar dari
satu dunia di mana negara China dan negara-negara membangun stabil
pertumbuhan ekonominya beralih pula kepada suatu senario dunia di mana
bukan sahaja ekonomi China lemah tetapi juga ekonomi-ekonomi
ngara-negara membangun yang bergantung kepada jualan eksport
komoditi-komoditi asas akan mengalamai kelembapan ekonomi, beserta
ekonomi Eropah yang masih terbelenggu sejak tahun 2008.
Hanya Amerika Syarikat di antara kuasa-kuasa ekonomi besar dunia yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang meningkat.
Disediakan oleh :
Sdr Saiful Bahari Baharom
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment