Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Thursday, August 20, 2015
Kerajaan Yakin Ringgit Kembali Kukuh - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
optimis nilai ringgit akan kembali melantun berdasarkan asas-asas
ekonomi negara yang kukuh, selain bergantung kepada faktor luaran lain.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, orang ramai mahu melihat
tindakan kerajaan dalam jangka masa pendek kepada situasi semasa
ringgit.
Menurut Najib, satu sesi perbincangan bersama pakar dan penganalisis
ekonomi yang berlangsung semalam dan mereka menyimpulkan nilai ringgit
sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa dolar Amerika Syarikat
(AS) berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.
Beliau turut menggalakkan syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan
produk tempatan sejajar dengan perkembangan semasa manakala beberapa
syarikat korporat yang beroperasi di luar negara wajar menimbang untuk
mencairkan aset dan membawa pulang ke Malaysia.
“Bagi sektor pelancongan pula, mereka perlu membuat promosi pemasaran
secara agresif dengan memanfaatkan kedudukan semasa ringgit,” katanya
dalam sidang akhbar mengenai ekonomi dan pasaran kewangan semasa di
Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai paras semasa ringgit beliau berkata,
beberapa sektor tertentu akan memperoleh manfaat daripadanya manakala
yang banyak bergantung ke atas import seperti pengilangan akan berada
pada kedudukan lebih sukar.
“Beberapa perniagaan yang meraih hasil dalam dolar AS pasti sangat
gembira manakala yang bergantung kepada import menghadapi masalah
disebabkan nilai import menjadi sangat tinggi buat masa ini", ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment