Wednesday, August 19, 2015

Kit Siang Ketua Putar Belit !!

‘Ketua putar belit’. Demikian tegas Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika menyifatkan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menahannya susulan kenya­taan di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH1YrqBlBukXOh3uVFH5BqGDAhsMC97TtuGIo8iq7zR-O9PFnSxoiOq2ZfrLgVO_OBLmtARMKDyky3xvvqqEzaQp0dmJB1GI8Umy3kw-yJjwtfV8pli89_1xSEayYiZYPmCmCKGXaN-N8/s1600/000000+dyana+sofya+betina+haji+abdul+lim+kit+siang.jpg
Malah, jelasnya, apa yang dikatakan oleh Kit Siang itu adalah satu drama murahan.

“Sebagai ahli politik veteran dalam politik negara ini, Kit Siang pasti akan memahami maksud kenyataan saya itu. Jika dia ambil laporan dari portal lain yang memetik akhbar berkenaan, kadang-kadang akan hilang maksud,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung isu air yang melanda daerah ini di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, dalam temu bual itu, wartawan terbabit bertanyakan teori bahawa seolah-olah ada satu konspirasi yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan beberapa pegawai adalah bertujuan menghentikan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya balas jika itu yang difikirkan oleh wartawan terbabit, maka ada satu lagi teori konspirasi di luar sana yang menyatakan terdapat cubaan ‘menjenayahkan Perdana Menteri’.

“Jika orang ingin ambil teori kedua ini maka orang boleh faham tindakan yang diambil Perdana Menteri, seperti juga sekiranya orang ramai mahu mempercayai teori pertama,” katanya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, dalam temu bual tersebut beliau tidak menyebut tentang kertas pertuduhan ke atas Najib sebaliknya membiarkan perkara itu dimaklumkan oleh Khalid.

“Oleh itu, saya cukup faham bila Kit Siang mula bermain drama murahan kerana beliau telah berusia 73 tahun, membaca laporan itu dengan mata yang kabur dan usia veteran DAP juga menyebabkan ketajaman pemikirannya berkurangan,” katanya.

Ditanya tentang kenyataan Kit Siang bahawa pembangkang akan kembali bersatu apabila parti Ge­rakan Harapan Baru (GHB) ditubuh pada 31 Ogos ini, Abdul Rahman hanya mendoakan yang terbaik kepada mereka.

Katanya, pakatan ‘baharu’ itu pasti akan berkubur kerana GHB tidak berupaya menarik sokongan ahli Pas atau UMNO sebaliknya hanya bergantung kepada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa dengan pemimpin mereka.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment