Wednesday, August 19, 2015
Apapun Tindak-Tanduk Pembangkang Tidak Merisaukan BN, Kata Abdul Rahman
KOTA BELUD : Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
(BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin apapun tindak-tanduk parti
pembangkang termasuk harapan penasihat DAP Lim Kit Siang agar wujud
pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan
Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.
Malah Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan menjangka GHB yang dikatakan akan dilancar pada 31
Ogos ini akan terkubur seperti parti-parti serpihan yang pernah wujud
di negara ini, sebelum ini.
“Kita tidak akan terjejas dengan apapun tindakan parti pembangkang.
Sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dahulu,
Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan
kepala kami dalam BN.
Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada
rakyat dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan
sebagai teras utama,” katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri
mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pengamatannya, GHB tidak akan mampu
menarik anggota PAS dan UMNO untuk menyertai perjuangan mereka kerana
anggota kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip
sebaliknya sasaran keanggotaan GHB adalah daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR).
“Jadi PAS tidak akan terjejas, UMNO juga tidak akan terjejas.
Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain
sebelum ini.
Menyentuh kenyataan Kit Siang dalam sebuah portal berita yang meminta
Ketua Polis Negara menahan beliau kerana menyebarkan berita palsu,
Abdul Rahman berkata jika pembangkang boleh percaya Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak menukarkan penjawat awam bagi menyekat
siasatan dalam pelbagai isu, maka mereka juga perlu percaya teori bahawa
terdapat cubaan untuk mengaitkan Najib dengan jenayah.
Dalam temu bual Abdul Rahman dengan portal berita itu, Abdul Rahman
yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata beliau tidak menyentuh
sama ada kertas pertuduhan itu wujud seperti yang didakwa Kit Siang.
“Sama ada wjud kertas pertuduhan itu atau tidak, kami serahkan
perkara itu kepada Ketua Polis Negara untuk menyiasat dan
menerangkannya. Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya,” kata
beliau.
Abdul Rahman berkata mungkin usia Kit Siang menyebabkan pemimpin DAP itu tidak memahami maksud sebenar artikel berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment