Thursday, August 20, 2015

Kuat Betul Wayang Mamat Ni..... PKR Dakwa Kecederaan Bahu Anwar Makin Serius, Perlu Pembedahan

PETALING JAYA : PKR meminta kerajaan memberi kebenaran kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalani pembedahan dengan segera ekoran kecederaan di bahu yang dialami beliau sebelum ini semakin teruk.

Perkara itu diberitahu oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Anwar yang mendesak pembedahan dengan segera.

Malah ujarnya, kecederaan bahu serius yang dialami Anwar telah pun diketahui oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan pihak hospital.

"Kecederaan ini sudah bertambah buruk menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada Datuk Seri Anwar berterusan.

"Sehubungan itu, kami mendesak supaya Datuk Seri Anwar dibedah serta-merta berikutan kesakitan yang dialaminya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kali terakhir Anwar dimasukkan ke hospital adalah pada awal Julai lalu selepas sebulan bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital buat pertama kali pada Jun.

Pada Jun lalu, Najib menerusi kenyataannya di Twitter berkata: "Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya."

Selain pembedahan segera, Nurul Izzah berkata, pihaknya turut memohon Anwar dibenarkan untuk diperiksa oleh doktor pakar pilihan keluarga secara konsisten dengan kadar segera seperti yang diminta sebelum ini.

Nurul Izzah turut mendakwa fisioterapi yang telah disyorkan oleh pakar Hospital Kuala Lumpur tidak dilakukan secara menyeluruh dan konsisten sehingga menghalang proses pemulihan fizikal bapanya.

"Kita mohon Anwar dimasukkan ke dalam wad serta-merta dan fisioterapi dibuat seberapa kerap yang perlu," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment