Thursday, August 20, 2015
Dr Siti Mariah Letak Jawatan, 9 Cawangan PAS Kota Raja Bubar...... Kuatnya Pengaruh DAP...
KLANG : Tokoh Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmud hari ini bertindak
melepaskan semua jawatannya dalam parti Islam itu termasuk tidak
mewakili PAS sebagai Ahli Parlimen Kota Raja.
Antara jawatan yang disandang beliau dalam PAS adalah Ahli Jawatankuasa
PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat dan Naib Yang
Dipertua PAS Kota Raja.
Ujar Siti Mariah, peletakan jawatan itu dibuat ekoran terdapat perbezaan politik dalam PAS.
"Saya tidak khianati amanah rakyat, saya masih dalam perjuangan Islam,
tapi pendekatan politik sudah berbeza setelah PAS mengambil keputusan
untuk keluar daripada Pakatan Rakyat."
"Tidak wujud rasa kecewa, oleh kerana pendekatan politik sudah berbeza
dan tiada langkah untuk bersatu kembali dalam Pakatan Rakyat, maka kami
kena teruskan solidariti ini kerana musuh politik masih sama iaitu
Barisan Nasional," katanya di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja.
Dr Siti Mariah juga mengumumkan pembubaran sembilan cawangan PAS
Parlimen berkenaan yang melibatkan lebih 30 orang pimpinan dan AJK
kawasan serta cawangan.
"Memang satu keputusan yang sukar bagi saya terutama kemenangan di
(Parlimen) Kota Raja adalah kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, jadi
itulah yang perkara yang sayu dan kita kena teruskan.
"Kami terpaksa (letak jawatan) dan pendekatan politik yang diambil oleh
PAS amat berbeza sekarang, di Selangor pun agak susah (untuk kerjasama)
dan bila ada kekosongan suara islam dlm Pakatan, maka ada sebuah lagi
parti islam, mungkin pendekatan berbeza tapi roh dan semangat masih
sama," katanya.
Walaupun sudah meletakkan jawatan dalam PAS, namun beliau akan tetap
meneruskan khidmat selaku Ahli Parlimen Kota Raja yang berstatus bebas.
"Sebagai wakil rakyat, saya tetap akan meneruskan khidmat kepada semua
pengundi Kota Raja walapun saya sudah berubah (parti) dan ia tidak
menjejaskan langsung khidmat saya kepada rakyat dan anggota GHB akan
memberikan dokongan kepada gerak kerja di Kota Raja."
Malah pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyuarakan sokongan mereka terhadap tindakan meletakkan jawatan itu.
Antara yang meletakkan jawatan adalah Yang Dipertua PAS Kota Raja, Jaafar Shamsuddin dan timbalannya, Norhalim Sirom.
Turut sama meletakkan jawatan adalah 183 ahli dalam Pas Kawasan Kota Raja.
Parlimen Kota Raja menyaksikan majoriti kemenangan paling besar oleh Ahli Parlimen PAS dengan 29,395 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Murugesan Sinnandavar.
Siti Mariah sebelum ini pernah membuat penafian yang beliau akan meninggalkan PAS.
Pada Julai lalu, tiga wakil rakyat PAS di Selangor termasuk Siti Mariah
mengesahkan akan menyertai parti baru yang akan ditubuhkan oleh GHB pada
hujung Ogos ini.
Dua lagi wakil rakyat terbabit ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Difahamkan PAS Shah Alam dan Kelana Jaya akan membuat keputusan sama esok.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment