Thursday, August 20, 2015
Jawatankuasa PAS Shah Alam Letak Jawatan.. Barua DAPIG
PETALING JAYA : Pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya dan naib pesuruhjaya
PAS Shah Alam mengemukakan perletakan jawatan mereka dalam parti.
Perletakan jawatan pesuruhjaya, Azli Yusof; timbalan, Zulkifli Mohf Nani
naib pesuruhjaya, Mohamad Jamil Abd Rahim dan bersama 18 ahli
jawatankuasa yang lain bagi sesi 2015-2017 berkuat kuasa pada Rabu.
Ketua sayap Dewan Muslimat PAS, timbalan ketua, naib ketua dan 11 lagi ahli jawatankuasanya turut meletakkan jawatan.
Keseluruhan jawatankuasa adalah dari Dewan Himpunan Penyokong PAS Shah Alam (DHPP) turut meletakkan jawatan mereka.
"Pengumuman rasmi dibuat semasa mesyuarat bahagian PAS kelima untuk sesi
2015-2017 yang diadakan pada Rabu. Tugas-tugas diserahkan kepada
setiausaha PAS Shah Alam dalam keadaan yang saling memahami," menurut
satu kenyataan bersama.
"Perletakan jawatan itu bukan berniat untuk melemahkan jentera PAS Shah
Alam, tetapi untuk memperjuangkan Islam dalam cara yang kita lebih yakin
untuk melakukannya," kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, tiga belas anggota dari 22 individu dari jawatankuasa sayap
Pemuda PAS kawasan Shah Alam meletakkan jawatan mereka dalam keadaan
politik semasa yang menjadi antara punca perletakan jawatan mereka.
Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 10 lagi ahli jawatankuasa meletakkan jawatan pada 11 Ogos lalu.
Timbul spekulasi perletakkan jawatan mereka merupakan permulaan kepada
penghijrahan dari PAS ke kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Masih bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), GHB dijangka
melancarkan parti politik tidak lama lagi di bawah nama Amanah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment