Thursday, August 20, 2015
Geng GHB: Letak Jawatan Tapi Tak Berani Keluar Parti... Rela Jadi BARUA DAP
Pelik tapi benar... alkisah bekas Timbalan Ketua Muslimat PAS yang juga
MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud semalam umum letak jawatan dalam
parti.
Ia kononnya menyahut seruan pemimpin PAS supaya kumpulan Gerakan Harapan Baharu (GHB) keluar dari parti itu.
Apa yang pelik, Dr Mariah yang merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kota
Raja hanya berani letak jawatan saja, sedangkan nak keluar parti, tak
berani sebaliknya tunggu keahlian gugur secara automatik selepas
menyertai parti baru kelak.
Turut sama meletak jawatan ialah 183 pemegang jawatan dari pelbagai
peringkat termasuk Yang Dipertua kawasan itu Jaafar Samsudin dan
sembilan ketua cawangan dalam PAS kawasan berkenaan.
"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pendekatan politik berbeza
PAS pada masa ini yang tidak menunjukkan sebarang langkah perdamaian
dengan rakan DAP," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini
Rabu.
Beliau berkata PAS tidak menguruskan isu hudud dengan betul sehingga menyebabkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.
Beliau turut menegaskan PAS kawasan Kota Raja tidak terbubar
memandangkan beliau dan rakan-rakan lain yang meletak jawatan hari ini
akan menyerahkan tugas masing-masing kepada baki 11 Anggota Jawatankuasa
PAS kawasan malam Rabu.
Dalam sidang akhbar yang sama, AJK kawasan PAS Klang, Abdul Rashid Osman
berkata seramai tiga AJK termasuk beliau meletak jawatan bagi menyertai
GHB.
Turut mengikut jejak langkah itu adalah tiga AJK kawasan PAS Kapar.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata
pentadbiran PAS Selangor tidak terjejas berikutan peletakan jawatan
secara beramai-ramai dalam PAS kawasan Kota Raja.
Katanya, PAS Selangor telah mengambil alih pentadbiran PAS kawasan
mengikut perlembagaan parti dan akan mengisi kekosongan yang ada.
"Kita dapati hanya segelintir kecil saja ahli PAS di peringkat kawasan
dan cawangan yang terlibat bersama GHB, yang selebihnya kita dapati
mereka yang bukan ahli PAS kita," katanya dalam satu kenyataan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment