Thursday, August 20, 2015

Azmin Hilang Kawalan Dalam DUN Selangor... Usul Tangguh DEIG Lulus

Ini kalau dalam bahasa politiknya adalah rampasan kuasa secara halus atau 'soft kudeta'. 

Sebagai MB Selangor dan pemimpin Dewan Undangan Negeri, Azmin hilang kawalan dalam DUN selepas usul menangguh sementara waktu operasi Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) diluluskan.

Secara tersirat ia membawa makna bahawa Azmin tidak lagi dipercayai oleh majoriti ADUN di negeri Selangor.

Lewat petang Rabu, Speaker, Hannah Yeoh mengumumkan bahasa DUN menerima usul menangungkan operasi DEIG.

Sebelumnya, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib mengemukakan usul supaya Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menangguhkan terlebih dahulu operasi DEIG selama enam bulan.

Susulan itu, usul tersebut kini menjadi Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-Abas) sebagai kertas mesyuarat bilangan 48, tahun 2015.

"Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju dengan usul ini sila berdiri. Usul ini dipersetujui," katanya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam perkembangan yang sama, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata akan memberi jawapan bertulis bagi memerinckan kandungan penubuhan DEIG.

Malah beliau memberi jaminan DEIG yang ditubuhkan akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Selangor di samping menegaskan DEIG akan tetap diteruskan.

"Saya mengambil tanggungjawab untuk memastikan saranan dan syor yang dikemukakan dalam konteks untuk mewujudkan akauntabiliti, kebertanggungjawaban, memang akan menjadi asas DEIG.

"Dan saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada jawatankuasa untuk memberi jaminan ini dan saya harap hasrat dan cita-cita murni kerajaan ini akan dapat kejayaan supaya rakyat pada akhirnya mendapat nikmat di atas usaha ini," katanya.

Penubuhan DEIG mengejutkan banyak ADUN ekoran tiada keperincian kandungan dokumennya.

Malah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated.

Bekas Menteri Besar itu mendakwa, DEIG akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit.

Selain Khalid, beberapa Adun DAP seperti Adun Balakong, Eddie Ng dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) dan Adun BN iaitu Budiman Mohd Zohdi (Sungai Panjang) dan Mohd Shamsuddin Lias (Sungau Burong).

Termasuk Idris Ahmad (Ijok), Lau Weng San (Bukit Tunku) dan Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras).

Kebanyakan Adun ini mempertikaikan kewajaran penubuhan entiti baru yang didakwa Azmin hanya akan menjalankan aktiviti pelaburan sahaja.

Sebaliknya 12 anak syarikat MBI akan kekal menjalankan tanggungjawab sosial korporat sahaja.

Beliau berkata langkah ini bagi mengelakkan anak syarikat kerajaan negeri lebih mementingkan aktiviti perniagaan, akhirnya mengundang padah apabila berhadapan dengan hutan atau kerugian dan tidak membantu menjana pendapatan Selangor.

Beliau merujuk prestasi kurang baik yang ditonjolkan oleh Universiti Selangor (Unisel) dan Yayasan Selangor terserlah apabila kedua-dua anak syarikat negeri ini tidak fokus kepada khidmat tanggungjawab kepada rakyat sebaliknya juga membuat perniagaan.

"Maka sekali lagi bila melihat ada anak syarikat ini tidak membantu menjana pendapatan tapi membebankan kerajaan negeri inilah tanggungjawab kita menstrukturkan semula supaya mereka tumpu kepada hala tuju perniagaan anak syarikat tersebut," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment