Thursday, August 20, 2015
DUN Perak... ADUN PAS Tidak Lagi 'Sekandang' Dengan DAP
DAP kalau tidak bersikap nakal adalah sesuatu yang agak aneh. Begitu
juga beberapa wakil rakyatnya. Sama juga seorang lagi wakil rakyat PAS.
Kalau setakat nakal, masih boleh dimaafkan tetapi bagaimana kalau mereka
bersama-sama rakan pembangkang menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan
Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari?
Kalau pagi Rabu ketika berlangsung sidang DUN ke13 hari kedua, mereka
sekadar menyindir, dalam sidang yang lalu mereka bertindak
beramai-ramai memakai baju serba hitam.
Mereka enggan memakai uniform nombor satu persidangan pada hari Sultan Perak merasmikan persidangan berkenaan.
Agak ironi, lima wakil rakyat PAS ikut telunjuk DAP ketika itu.
Tetapi rasanya sejak tidak lagi “sekandang”, mereka tidak lagi terpegaruh dan lebih banyak bersikap berkecuali.
Kalau kesemua puak pembangkang ini ingat rakyat lupa, lupakan.
Perbuatan mereka bukan saja masih dalam ingatan pihak lstana, juga
rakyat Perak.
Pada Selasa sewaktu hari pertama sidang DUN ke13, ia berjalan dengan
lancar sehingga Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir dapat
membentang Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Perak (2016-2020)
dengan begitu selesa.
Pendek kata wakil-wakil rakyat pembangkang turut memberi perhatian
kerana kawasan mereka juga turut sama memperoleh buah-buah pembangunan.
Contoh Sitiawan kini, dan dalam penggal lalu dikuasai ADUN DAP (Ngeh Koo
Ham) namun kerajaan tidak pinggirkan dari segi pembangunan.
Begitu juga parlimen Lumut, dianggap kubu traditional BN menyaksikan dalam PRU ke13 lalu jatuh ke tangan pembangkang.
Namun demikian Lumut dan Sitiawan memperoleh projek mega seperti
pembangunan pusat pengumpulan dan pengedaran bijih besi oleh Syarikat
Vale Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. daripada Brazil di Teluk Rubiah,
Manjung.
Kerajaan juga memilih Kampung Acheh di Lumut bagi mewujudkan Kampung
Acheh Free Zone (KAFZ) yang terletak berhampiran Lumut Maritime Terminal
untuk memudahkan urusan import eksport kargo-kargo.
Kerajaan Persekutuan juga bercadang membina Sekolah Berasrama Penuh di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Segari, Lumut.
Kita ingatkan apabila segala-gala berjalan licin dan lancar seperti hari
pertama, ia bakal berterusan atas semangat “kekeluargaan.”
Sebaliknya tidak seperti disangkakan. Apabila Nga bangun bertanyakan soalan (dan soalan tambahan), lain pula ceritanya.
Ia menyindir Perdana Menteri DS Najib Razak dengan menimbulkan soal
RM2.6 billion. Walaupun ia seperti “humour” (berseloroh) tetapi di dalam
sidang DUN, ia boleh ditafsirkan pelbagai termasuk dianggap berniat
jahat.
Begitu juga dengan Nizar Jamaluddin (PAS-Changkat Jering), yang sering
menggunakan strategi “buat dakwaan kemudian baru bertanya soalan.”
Sering sangat berlaku sepanjang menjadi Ketua pembangkang. Dulu, beliau ialah MB Perak 11 bulan sahaja.
Tetapi sebelum itu menjawab soalan, Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor
memberitahu, rizab kerajaan negeri berakhir pada 31 Julai 2015 sebanyak
RM867.5 juta.
Baki hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat sebanyak RM62.1 juta.
Menurut Dr.Zambry pinjaman ini untuk rancangan perumahan awam sebanyak
RM44 juta, rancangan pembangunan perusahaan dan ladang hutan (RM1.2
juta) pelbagai projek iaitu bangunan kerajaan (RM16.9 juta).
Beliau berkata, pinjaman bagi projek bekalan air dengan kerajaan
Persekutuan di mana kerajaan negeri menjadi penjamin bagi Lembaga Air
Perak, ia berjumlah RM508.1 juta.
Mengenai pinjaman pengstrukturan semula bagi fasa kedua di mana hutang
tersebut akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
selepas pelaksanaan projek-projek bekalan air di seluruh negeri
disiapkan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pertama dikemukakan Nga Kor
Ming. Katanya projek-projek itu ialah penaiktarafan loji bekalan dan
penggantian paip-paip utama yang lama.
Selesai menjawab, Nga bangun bertanya soalan tambahan. Dr Zambry
kemudian menyifatkan soalan tambahan ADUN DAP itu “ sebagai melucukan
apabila wakil pembangkang itu bertanyakan mengapa kerajaan negeri tidak
meminta Perdana Menteri untuk membayar hutang negeri daripada derma
RM2.6 bilion.”
“Bagi saya soalan itu agak melucukan, saya tidak boleh menjawabnya
kerana ia tiada kena mengena dengan hutang kerajaan negeri,” ujarnya.
Menjawab soalan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji), Menteri Besar
menjelaskan LAP mencatatkan keuntungan RM795 juta, Perbadanan
Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNPk) RM140 juta dan Perbadanan
Kemajuan Negeri Perak (PKNP) lebih RM100 juta.
Cerita Nizar bermula apabila dakwaan mengenai pinjaman ratusan ribu
diberikan kepada seorang individu oleh Yayasan Perak. Tentulah “tuduhan”
tanpa bukti adalah sesuatu dianggap fitnah.
Justeru, anggota EXCO juga ADUN Kamunting, Datuk Mohamed Zahir Khalid
bangun membidasnya kerana ia dakwaan melulu dibuat tanpa mengemukakan
sebarang fakta. Bila ditanya kepada Nizar,dia kelihatan kantoi.
Nizar yang turut membahas Rancangan Pembangunan Lima tahun Perak
kelihatan gagal menyokong dengan fakta bahawa Yayasan Perak tidak
membantu pelajar tempatan. Seperti biasa, apabila diasak Zahir, Nizar
cuba berdolak dalik dengan berkata, “saya hanya bertanya”.
Dakwaan Nizar akaun pembangunan dan sains negeri Perak diarah ditutup
dan bakinya sejumlah RM430,000 dipindahkan kepada akaun peribadi seorang
wanita ditegor Timbalan Speaker, Datuk Nasarudin Hahim.
Sementara itu pada hari pertama, Dr.Zambry berkata 23 lot daripada 48
lot tanah telah dirampas oleh Pentadbiran Tanah Daerah Pengkalan Hulu
kerana gagal membayar cukai tanah.
Katanya Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) turut menolak permohonan
kelulusan kebenaran merancang pada 30 Jun yang lalu bagi sebahagian
tanah yang telah dicadangkan untuk pembangunan Northgate.
“Bagi tanah yang telah dirampas, sebahagiannya telah diletakkan di
bawah kawalan MDPH dan dijadikan tempat pemunggahan buah-buahan dan
barangan.
“Caj pemunggahan telahpun berkuatkuasa pada 1 April 2015 terhadap
pemilik-pemilik kenderaan yang menjalankan pemunggahan buah-buahan dan
barangan di sekitar sempatan Pengkalan Hulu – Betong,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment