Thursday, August 20, 2015
Anwar Perlu Sedar Penjara Bukan Tempat Peranginan
SHAH ALAM : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak
mendapat layanan istimewa tambahan dia adalah tahanan penjara sekarang.
Menurut sebuah blog, Mykmu.net, tindakan Anwar yang juga bekas Ketua
Pembangkang itu acapkali mendakwa seolah-olah kerajaan mengetepikan
haknya adalah tidak berasas sama sekali.
"Dakwaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa
kerajaan mendera keluarganya kerana menghalang anaknya berjumpa beliau
sangat tidak masuk akal dan bersifat kebudak-budakkan.
"Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa sekarang ini dia seorang banduan yang
telah didapati bersalah kerana meliwat pegawainya dan sekarang menjalani
hukuman penjara, bukannya seorang tahanan politik atau individu biasa
yang bebas berjumpa dan bertemu sesiapa sahaja," petik laporan portal
berita tersebut.
Mykmu.net turut menyelar tindakan Anwar yang baru-baru ini mendakwa
kerajaan mendera keluarganya sedangkan dalam masa yang sama Anwar masih
pegang status sebagai banduan penjara.
"Anwar boleh memainkan emosi pengikutnya dengan mendakwa kerajaan
mendera (abuse) keluarganya. Namun hakikatnya, beliau mendapat pelbagai
keistimewaan termasuk satu-satunya banduan yang bebas membuat kenyataan
media dan sekali sekala masih “boleh keluar” penjara atas alasan ada kes
di mahkamah.
"Sebagai banduan Anwar perlu mengikut peraturan penjara bukannya sesuka
hati mengaturkan pertemuan dan perjumpaan seolah-olah beliau sedang
bercuti," petik laporan portal berita itu lagi.
Kelmarin Anwar merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi supaya tidak mengetatkan urusan pertemuan beliau dengan keluarga
serta peguam beliau.
Anwar turut merayu supaya kerajaan tidak mendera keluarganya apabila
sukar bertemu dengannya, walaupun beliau "tiada masalah" jika ia
diperlakukan ke atas dirinya.
"Saya minta pertimbangan Datuk Seri Zahid Hamidi berkaitan urusan
keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya
faham. Itu saya tak ada masalah.
"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah
jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.
"Saya minta Datuk Seri Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan
peguam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment