Monday, August 24, 2015

Lagi... Kisah DAP Pulau Pinang Nak Tunjuk Belang Tema Hari Kebangsaan... Memang Biadap

Kalau Selangor dan Kelantan boleh guna tema nasional perayaan hari kebangsaan 'Sehati Sejiwa' apa istimewanya sangat negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.

Belum lagi perintah seluruh Malaysia sudah tunjuk belang.

Dengar cerita ramai yang menyinga dan menyokong tindakan Kementerian Pendidikan arah sekolah-sekolah di negeri itu tidak menyertai perayaan hari kebangsaan peringkat negeri itu.

Ahad,Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Keputusan itu diumum menerusi satu kenyataan yang memberitahu ini berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

"Tema yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Sambutan Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa' perlu disokong dan diamati oleh semua seperti tahun-tahun lepas dan ATM adalah tidak terkecuali," kata kenyataan itu.

ATM berkata ia telah mengambil bahagian dalam setiap sambutan Hari Kebangsaan kerana kesepakatan dan kesepaduan setiap negeri menggunakan tema sambutan yang melambangkan kesepaduan nasional yang turut memanifestasikan penghargaan ke atas sumbangan dan pengorbanan pasukan itu.

Ramai yang jadi makin marah bila dapat tahu kerajaan negeri cuba main wayang dalam isu pengunaan tema.

Asalnya ia mengunakan tema 'Bersih' sahaja yang jelas selari dengan gerakan himpunan anti-kerajaan, Bersih pada 29 dan 30 Ogos ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri telah memilih tema ‘Bersih’ untuk sambutan tahun ini sebelum mengubahnya kepada ‘Bersih, Cekap, Amanah’.

Jelas beliau, tema asal yang dipilih kerajaan negeri itu sangat mengelirukan memandangkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggunakan nama yang hampir sama iaitu himpunan Bersih.

“Pada peringkat awal, mereka hanya menggunakan tema ‘Bersih’ di setiap ‘backdrop’ dan ‘banner’. Mereka meletakkan ‘Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan’, dan seterusnya satu perkataan tertera ‘Bersih’,"katanya.

Sementara itu terbaru,Mahadzir memberitahu wartawan di Kuala Lumpur,Ahad Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum membuat sebarang perubahan terhadap arahan larangan sekolah daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri itu.

Katanya para pegawainya akan menemui wakil kerajaan negeri dalam masa terdekat.

"Selepas itu kita akan membuat keputusan mengenainya. Setakat ini arahan tersebut adalah kekal," katanya .

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussien pula kata di Kuala Klawang,Negeri Sembilan Ahad kata tidak pernah dalam sejarah negara ketika meraikan Hari Kemerdekaan, ada kepimpinan negeri yang membawa tema yang lain daripada tema kebangsaan.

"Malahan pada peringkat awal, tema yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ialah 'bersih', apa sebenarnya matlamatnya.

"Bila orang ramai marah dia tukar pula 'Cekap, Bersih dan Amanah'. Kalau dulu itu merupakan slogan kita dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), diperlekehkan, hari ini bila disesuaikan dengan kedudukan suasana politik mereka dan itu pula diketengahkan kepada rakyat Pulau Pinang," katanya.

Hishammuddin berkata sesebuah parti politik perlu tahu had dan batasan dalam berpolitik.

"Kalau itu pun tak boleh dihargai, bermakna segala-galanya dipolitikkan dan akhirnya rakyat berpecah, akhirnya kita tidak bersatu, akhirnya benda yang baik yang dilakukan oleh pejuang-pejuang sebelum daripada kita dengan keringat, air mata dan darah untuk menuntut kemerdekaan, sia-sia saja," katanya.

Kerajaan negeri setakat ini nampaknya masih berdegil nak terus guna tema 'Bersih,Cekap,Amanah'.

Guan Eng kata kerajaan negeri akan mengambil tindakan jika pengunaan tema itu di halang.

Kini tandatanya ialah tanpa penyertaan sekolah serta angkatan tentera dan mungkin polis serta agensi kerajaan pusat lain - apa jadi kepada perayaan khususnya perarakan hari kebangsaan peringkat negeri? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment