Monday, August 24, 2015
Najib Sedia Cerita Semua Pasal Dana Politik...
Nak dengar semua kisah pasal dana politik parti..no problem.Presiden
UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kata beliau sedia bagi penerangan
terperinci.Syaratnya ia mesti dilakukan secara tertutup.
Katanya tindakan membincangkan isu berkenaan dana parti secara terbuka
dibimbangi akan hanya merosakkan UMNO, malah parti pembangkang juga
tidak mendedahkan sumber dana parti mereka.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO
Bahagian Alor Star,Ahad.Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar
dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr
Mahathir.
Di dalam usaha mencari dana bagi UMNO, Najib berkata prinsip-prinsip
penting yang perlu dipatuhi seperti 'jangan mencuri duit orang, tidak
menyalahi undang-undang dan dana itu tidak digunakan untuk membeli
undi'.
Beliau berkata Dr Mahathir juga mengakui parti politik memerlukan duit.
"Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri di dalam
buku Transparency International, di mana dia (Tun Dr Mahathir) sebut '
every political party needs money' (setiap parti politik memerlukan
duit)," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong
ketua, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini ketika menjadi Timbalan
Presiden UMNO kepada Abdullah.
Katanya semasa menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah
menyoal Presiden UMNO itu tentang dana yang diperolehinya untuk
perjalanan UMNO.
"Waktu
saya jadi timbalan, saya tidak soal Pak Lah (Abdullah) daripada mana
dapat dana, saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You (Pak Lah)
tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr
Mahathir) dan dia kata tidak.
"Asalkan dua perkara, jangan curi duit orang dan menyalahi
undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti,"
katanya.
Perdana Menteri juga kata beliau tidak akan mengungkit "peristiwa" lama
yang pernah berlaku di dalam UMNO kerana berpegang teguh kepada prinsip
tanggungjawab bersama dan disebabkan perasaan sayangkan parti.
Menurutnya ini disebabkan sayang dan kasih kepada parti, beliau tidak
akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan memberi
sebarang faedah kepada parti.
"Dalam sejarah UMNO banyak peristiwanya, tetapi saya tidak akan
ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip 'collective
responsibility' (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab kita semua,
takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.
"...ia diibaratkan 'tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri'.
Saya tidak akan 'meludah ke langit' yang akan jatuh ke muka sendiri
kerana saya kasih dan sayang kepada parti UMNO," katanya.
Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan dan amalkan ketika ini
sebagai Presiden UMNO tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh
pemimpin parti sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
"Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza dengan amalan-amalan dahulu,"
katanya dan menambah beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk
menggerakkan jentera parti bagi memastikan UMNO terus berkhidmat kepada
rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment