Thursday, August 20, 2015
Lakaran Suspek Letupan Di Bangkok Sama Seperti Zizan Razak???
Ish!Ish! Tak baik benar rasanya perkara yang sensitif macam ni dibuat
main-main.. Iyalah, sebab benda ni melibatkan banyak nyawa yang
terkorban, so bila isu-isu sensitif seperti ini dibuat main-main rasa
kurang enak pulak..
Tapi, bila tengok-tengok balik memang ada betulnya jugak kata-kata
netizen ni.. Haa.. korang mesti pening apa la yang saya beritahu ni, pasal nyawa bagai.. Alkisahnya, pasal letupan bom kat Bangkok
tulah..
Pihak polis Thailand kan dah keluarkan satu lakaran terperinci suspek
yang disyaki sebagai pengebom yang dilihat kat CCTV.. Menerusi lakaran
berkenan, suspek digambarkan berkulit cerah, sedikit berjambang, rambut
hitam dan berkaca mata..
Tapi, ada sesetengah netizen kat Malaysia, bila tengok lakaran tu..
Semua orang cakap muka dia macam pelakon Zizan Razak.. Bila Miss A dok
teliti pun, nampak ada jugak samanya tu..hehe
Korang bila tengok gambar ni rasa suspek ni ada mirip Zizan tak? Apapun,
yang pasti suspek ni bukanlah Zizan.. Serupa tapi tak sama, lagi pun
perkara ini tarlalu sensitif ni dibuat lawak..
Harap mana-mana pihak yang terlibat tak mengambil serius gurau rakyat Malaysia pasal lakaran suspek letupan di Bangkok itu...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment