Thursday, August 20, 2015
Rakyat WAJIB Sertai BERSIH 4 Demi Selamatkan Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru
semua rakyat di negara ini untuk sama-sama menyertai perhimpunan Bersih
yang akan diadakan pada hujung bulan ini.
Wan Azizah berkata, perhimpunan ini perlu disertai oleh kesemua rakyat
di negara ini bagi menyelamatkan Malaysia yang kini dalam keadaan parah.
Tambahnya, jika rakyat inginkan negara ini selamat sebelum terlambat,
mereka haruslah menyertai perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada
hujung bulan ini.
"Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan rakyat.
Adakah kita mahu terus hidup di dalam keadaan ekonomi dan politik yang
tidak menentu?
"Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini?
"Demi anak cucu kita, demi nusa dan bangsa, demi rakyat Malaysia,
marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan aman
Bersih 4," kata Wan Azizah.
Benarkah Malaysia dalam keadaan yang parah?? dari mana Kak Wan peroleh
sumber tersebut??? agak kelakar apabila Kak Wan mengatakan Malaysia kini
dalam keadaan yang parah.
Dari menyertai perhimpunan ini lebih baik menghabiskan cuti pada hari
itu untuk bersama keluarga. Ada juga faedahnya dari menyertai
perhimpunan ini.
Dalam masa sama, Wan Azizah berkata, dalam usaha pembangkang bersama
rakyat ingin menyelamatkan negara, ada pihak yang mementingkan
kepentingan diri menghalang perhimpunan ini untuk diadakan.
Menurut Wan Azizah, dalam masa keadaan negara yang tenat kini dan
diketahui umum, masih terdapat pihak yang ingin menghalang usaha
pembangkang menyelamatkan negara.
"Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi negara gagal jika tidak
diselamatkan. Namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan
bertungkus-lumus berusaha mengagalkan proses menyelamatkan Malaysia,"
kata Wan Azizah yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Negara, Tan
Sri Khalid Abu Bakar.
Wan Azizah turut memaklumkan perhimpunan ini akan diadakan 3 tempat
serentak iaitu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Kuching Sarawak dan Kota
Kinabalu Sabah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment