Wednesday, August 19, 2015

Mahathir Mengarut Kata BN Kalah.. - Shahrir Samad

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya akan datang jika Datuk Seri Najib Razak terus kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno adalah mengarut dan tidak masuk akal.

Shahrir berkata, dakwaan Mahathir itu tidak benar kerana pada situasi dua Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2008 dan 2013 sokongan rakyat terhadap BN berbeza.

Shahrir menjelaskan dengan lebih teliti dengan mengatakan pada PRU 2008 Mahathir tidak lagi menyokong BN dan telah menyebabkan sokongan rakyat terhadap perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi menurun.

Namun, pada PRU 2013 Mahathir yang kembali menyokong barisan BN dengan kepimpinan Abdullah diganti juga dilihat lebih berkurangan dari pilihan raya sebelum itu.

Katanya, ini menunjukkan kritikan Mahathir terhadap Perdana Menteri bahawa BN akan kalah pada PRU akan datang jika Najib tidak berundur adalah tidak relevan,

"Pada 2008, semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir tidak menyokong BN dan sokongan rakyat kepada BN ketika itu berkurangan.

"Pada 2013, Tun Mahathir menyokong BN tetapi sokongan kepada BN tetap juga berkurangan. Jadi adakah kritikan Tun Mahathir ini masih relevan? Saya berikan fakta-fakta ini dan kita harus meletakkan perkara ini menurut perspektifnya," kata Shahrir.

Jelas Shahrir lagi, kritikan atau sokongan bekas perdana menteri itu terhadap BN tidak membawa sebarang perbezaan terhadap prestasi parti semasa pilihan raya.

Dalam masa sama, Shahrir juga percaya Najib dapat menempuh cabaran hebat ini dan mempersiapakan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita masih ada masa. Pilihan raya akan hanya berlangsung dalam tempoh 2 tahun lagi," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment