Wednesday, August 19, 2015
Orang No 2 SB Ditukar, Kegilaan Malaysiakini, Tidak Tahu Alasan Tukar Dikatakan Berang
Dakwaan malaysikini bahawa bekas timbalan
pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid
Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sangat
tidak masuk akal.
Laporan yang mereka sendiri tulis langsung tidak menunjukkan Abdul Hamid atau marah.
Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun,
menerima surat pertukarannya semalam hanya menyatakan beliau tidak tahu
alasan mengapa pertukaran itu dibuat.
“Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ,” katanya kepada Malaysiakini.
“Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu
Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya,” katanya
ketika dihubungi.
Diasak berikutnya, Abdul Hamid berkata beliau sebenarnya “tiada masalah” ditukarkan ke mana sahaja.
“Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya
saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat
spekulasi,” katanya.
Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: “Tiada komen.”
Sementara itu, ketika dihubungi Khalid mengesahkan pertukaran Abdul
Hamid ke JPM tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenainya.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau secara rasmi telah
melepaskan jawatannya pagi tadi tetapi belum lagi membuat keputusan sama
ada akan menerima jawatan di JPM.
“Saya belum terima jawatan di JPM. Saya haya melepaskan jawatan saya saja. Pagi tadi saya lepaskan jawatan saya,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment