Wednesday, August 19, 2015
PM Tiada Peranan Di Jabatan Peguam Negara
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berperanan dalam tatacara
pengurusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Perkara berkenaan dinyatakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali sebagaimana yang dilaporkan dalam laman portal BNBBC.my hari
ini.
“Kami adalah bebas, kami akan menentukan mengikut undang-undang,” katanya.
Menurut Mohamad Apandi, pejabatnya sedang meneliti kertas siasatan
yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung siasatan ke
atas syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu.
“Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada
komen. Kertas siasatan itu dihantar kepada kami lewat petang atau
sebelum pukul lima petang pada hari Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr.
Zeti Akhtar Aziz) mengadakan sidang akhbar,” katanya.
Dalam sidang pada 13 Ogos lalu bagi mengumumkan data Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia, Zeti memberitahu, Bank Negara
menyelesaikan siasatan berhubung transaksi oleh 1MDB dan cadangan untuk
tindakan bersesuaian.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment