Thursday, August 27, 2015
Mahathir Punca UMNO Lemah
Mahathir adalah punca kepada kelemahan UMNO. Tetapi dia pernah membuat UMNO kuat sekali dalam 16 tahun yang lalu.
Statistik tidak berbohong.
PRU 1999 , Mahathir telah mengakibatkan UMNO kehilangan yang mengejutkan
iaitu 24% daripada kerusi mereka - turun 22 kerusi daripada 93.
2004.- Mahathir telah membuat UMNO kembali kuat kerana bersara daripada
politik, tidak lagi bertanding dan berdiam diri dan membiarkan pengganti
beliau melakukan kerjanya.
Dengan serta-merta, UMNO memenangi 53% kerusi lagi dan melompat dari 71
kerusi kepada 109 - dalam keputusan yang terbaik yang pernah dicapai
UMNO dan BN.
2008: Mahathir kembali membuat UMNO lemah dengan terus menyerang
pengganti beliau dan usaha menyerang parti sendiri selama bertahun-tahun
membuatkan UMNO kehilangan 38% kerusi.
Pada tahun 2013, Najib memenangi 9 kerusi lagi untuk UMNO dan terus
memperkukuhkan lagi partiUMNO. Mahathir juga agak tenang tempoh ini
tanpa membuat sebarang masalahkepada Umno.
Najib mewarisi UMNO yang sudah pun mempunyai rakan-rakan yang agak lemah
dari parti BN kecuali PBB. UMNO dengan saki-baki penyokong parti-parti
komponen yang lain bukan sahaja perlu untuk menangkis serangan dari
pihak pembangkang tetapi juga serangan dari orang-orang yang berpegang
teguh kepada kemahuan dan kehendak Mahathir merealisasikan cita-cita
peribadi mereka sendiri. Serangan inilah yang membuat UMNO berada dalam
keadaan seperti sarkas sekarang. Ianya di tambah pula dengan golongan
opportunis dari kalangan pemuda yang kelaparan dan mengambil peluang
yang ada untuk menjadi hero dan popular.
Oleh itu, ini adalah bukti yang tidak dapat dinafikan di mana kita boleh membuat dua kesimpulan:
1) Mahathir adalah punca utama kelemahan UMNO dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi.
2) Jika anda ingin UMNO untuk menjadi kuat dan relevan, suruh Mahathir untuk menutup mulutnya.
Saya katakan ini lagi dan lagi. STFU dan biarkan pemeritah sekarang
melakukan kerja mereka. Lebih banyak anda menyiram minyak ke atas api,
lebih besar kebakaran serta kerugiannya.
Tetapi tidak semua orang mempunyai kuasa pemikiran untuk memahami logik yang mudah seperti itu.
Mahathir telah membawa masalah kepada semua perdana menteri Malaysia
kecuali Tun Abdul Razak itupun kerana beliau meninggal dunia awal.
Mahathir yang membuat situasi di mana Tunku Abdul Rahman telah "dipaksa"
melepaskan jawatannya.
Jika anda kembali ke awal tahun1980-an, ia adalah Mahathir yang menyucuk
serta 'memaksa' Sulaiman Palestin untuk memberi cabaran terhadap Tun
Hussein Onn. Kemudian Mahathir menggesa Ku Li untuk mencabar Musa Hitam.
Mereka yang berusia 30-an tidak akan ingat bagaimana UMNO berpecah
kepada Team A dan Team B selepas Ku Li mencabar Mahathir dan UMNO
diisytiharkan haram tidak lama kemudian. Dan kerana pertelingkahan
antaraTeam A dan Team B, Mahathir mengubah perlembagaan UMNO ke dalam
bentuk yang lain, dan menukar tatacara dan kaedah bagaimana seorang
Presiden UMNO dipilih. Bagaimana kita boleh lupa bahawa kerana Team A
dan Team B inilah Mahathir telah memecat beberapa menteri termasuk Pak
Lah, Allahyarham Ajib Ahmad dan beberapa yang lain.
Kemudian Mahathir turut kehilangan Kelantan pada tahun 1990 (sehingga
kini) kepada PAS. Itu adalah tamparan yang paling besar kepada BN pada
masa itu. Kemudian sekali lagi pada tahun 1999 apabila BN kalah di
Terengganu pula. Siapa yang masih ingat pertelingkahan Wan Mokhtar-Yusuf
Noor dan mengapa ia berlaku?
Musa adalah terlalu 'bijak' untuk Mahathir. Semua orang tahu ini. MM
(Mahathir-Musa),gandingan ini merupakan gandingan yang mantap sekali
tetapi Mahathir tidak senang dengan 'kebijakan' Musa Hitam. Akhirnya,
Mahathir menggunakan peristiwa Memali untuk menggulingkan Musa Hitam
pada hal di hari kejadian tersebut Mahathir berada di dalam negara
walaupun seringkali kita dengar dia berbohong mengtakan dia berada di
luar negara. Mahathir tidak berhenti setakat itu sahaja. Dia mengambil
Ghafar Baba sebagai timbalannya, tetapi penglihatan sebenar adalah pada
Anwar.
Ghafar adalah seorang yang patuh kepada ketuanya dan menyenangkan dan
personaliti begini amat sesuai dijadikan timbalan, tetapi bukan sebagai
pengganti. Anwar pula mempunyai ramai pengikut terutama daripada
organisasi yang dia pernah terajui iaitu ABIM. Mahathir menggunakan
organisasi Allahyarham Rahim King, Kelab Bekas Komando Malaysia, untuk
mengatur laluan mudah kepada Anwar dan menghalang apa-apa saja tentangan
serta cabaran terhadap Anwar dari dalam parti. Akhirnya, Ghafar, yang
cukup setia, telah digugurkan dengan cara yang memalukan dibantu oleh
tangan yang tersembunyi.
UMNO menjadi lemah selepas perpecahan team A dan team B. Ahli-ahli parti
menjadi bosan dengan Mahathir awal tahun 90an kerana sudah lama
Mahathir berkuasa. Hanya satu alasan saja untuk mereka terus
menyokongnya ialah kerana mereka nampak seorang pemimpin muda dan
berkarisma iaitu Anwar Ibrahim ( pada masa itu ). Akhirnya, UMNO telah
menemui watak muda dan bertenaga yang bakal menggantikan Mahathir dan
semua orang menunggu hari itu.
Sudah tentu, tanpa diketahui pada awalnya oleh Mahathir dan Cawangan
Khas itu, Anwar terlibat dalam aktiviti tidak sihat yang DAP telah mula
menghidunya sejak tahun 1984 tetapi hanya membawanya ke dalam perbahasan
parlimen pada tahun 1997 oleh mendiang Karpal Singh, dan kemudiannya
Anwar diberi gelaran "Sheikh Anwar al-Juburi oleh Mat Sabu
ketika.Mahathir juga sudah mengetahui aktiviti tidak sihat Anwar sejak
1993 apabila Ketua Polis Negara ketika itu memberitahunya. Beliau tidak
bertindak tetapi hanya bertindak apabila Anwar mula menentangnya.
Secara semula jadi apabila Mahathir memecat Anwar ,UMNO menjadi lebih
lemah lagi. Dalam pilihan raya 1999 Sanusi juga menjadi mangsa kepada
kemarahan rakyat terhadap Mahathir. Ribuan manusia turun berdemonstrasi
meminta Mahathir berundur.
Langkah kotor Mahathir terhadap Najib juga telah mendapat sokongan
daripada sebuah keluarga diraja sebuah negeri. Ironinya, pada tahun 1983
Mahathirlah yang cuba menghalang Datuk kepada ahli keluarga DiRaja ini
daripada menjadi YDP Agong.Hampir setiap minggu helikopter Nuri akan
membawa Perdana Menteri ketika itu ke Kuala Kangsar untuk meyakinkan
Sultan Idris, untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong. Takdir telah
menentukan , Sultan Idris telah kembali ke rahmatullah pada awal tahun
1984 dan Sultan Iskandar menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong pada bulan
April 1984.
Mahathir tidak senang dengan situasi ini dan telah menyebabkanberlakunya
krisis perlembagaan yang hampir menyaksikan kerajaan awam yang
digulingkan oleh tentera. Satu-satunya masalah tentera ketika itu adalah
kekurangan hubungan dengan masyarakat umum dan memerlukan pihak polis.
Walaupun pihak polis menyokong idea itu tetapi mereka fikir ia bukan
masa yang betul untuk rampasan kuasa dan ianya gagal. Krisis
perlembagaan berlaku sehingga 1993 apabila kuasa Raja-Raja Institusi
telah dikurangkan.
Jadi, UMNO telah dipersalahkan sedangkan segala-galanya dilakukan oleh
Mahathir untuk dirinya sendiri, atau bagi mereka yang rapat dengan
beliau. Dan seperti yang dinyatakan, Pak Lah mewarisi UMNO yang lemah
dari Mahathir. Semua proksi UMNO sebelumnya tidak dibenarkan untuk
membantu dalam hal kepada BN selepas Mahathir meletak jawatan. UMNO
ditinggalkan bukan sahaja lemah, ia juga ditinggalkan tanpa kewangan
yang kukuh, kecuali apa yang telah diserahkan kepada Pak Lah.
Kerajaan kini mempunyai Jawatankuasa Pemulihan Hasil untuk mendapatkan
semula hasil kerajaan yang hilang, sudah tiba masanya UMNO juga
mempunyai satu instrumen yang serupa.
Sekarang ini di mana bila keyakinan dunia terhadap Malaysia agak lemah
kerana agenda peribadi Mahathir dan kroni-kroninya yang terus menyimbah
minyak tanpa henti-henti ke atas api yang sedang membakar atas alasan
kononnya mahu menyelamatkan parti dan negara. UMNO dan PAS kini
mengalami defisit kepercayaan dan bakal yang bakal jadi pemenang dalam
semua ini adalah DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru.
Dan dengan logik Mahathir, hanya Najib perlu memikul kesalahan apabila beliaulah punca segala kemelut yang melanda sekarang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment