Thursday, August 27, 2015
Enggan Guna Stadium – Sampai Sekarang Pembangkang Gagal Beri Penjelasan Munasabah
KUALA LUMPUR : Pentingkan diri sendiri? Itulah
sebenarnya sikap pembangkang yang sering menganjurkan demonstrasi di
tempat yang tidak sepatutnya, yang semata-mata hanya meraih populariti
politik murahan, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul
Rashid Shirlin.
Menurutnya lagi, walhal jika disoroti pada Julai 2011 lalu, Tan Sri
Khalid Ibrahim bekas Menteri Besar Selangor, sebuah negeri yang dikuasai
oleh mereka yang dimenangi sejak pilihan raya umum 2008 pernah
menawarkan Stadium Shah Alam yang lebih sesuai, tetapi apa yang terjadi
mereka tetap ego menggunakan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.
“Bukankah stadium lebih besar dari kawasan yang mereka beria-ia
rebutkan itu? Kerana itu sampai sekarang mereka masih gagal memberi
penjelasan yang munasabah kenapa tidak mahu menggunakan stadium, yang
mempunyai fasililti yang lebih baik dan lebih besar.
“Bukankah mereka pernah adakan himpunan di dalam stadium seperti di
Kelana Jaya, kenapa hanya itu sekali sahaja? Mungkin di situ susah
hendak wujudkan provokasi kepada pasukan keselamatan dan gagal
menunjukkan ‘kezaliman’ kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada
pemberita.
Beliau seterusnya menyatakan bahawa skrip mereka ini sudah boleh
dibaca, mahu menimbulkan provokasi kepada pasukan keselamatan dan
kemudiannya akan menggambarkan kekerasan yang diterima kepada masyarakat
luar, dengan niat memburuk-burukkan kerajaan.
“Akta Perhimpunan Aman 2012 yang telah diwujudkan itu adalah supaya
setiap perhimpunan yang dianjurkan dapat dijalankan dengan lebih teratur
dan tersusun tanpa mengganggu keamanan dan keharmonian persekitaran,
yang sudah pasti melibatkan urusan seharian masyarakat awam.
“Di dalam perkara 11 akta tersebut ada menyebut perlu mendapat
persetujuan pemilik premis atau tempat yang ingin dibuat perhimpunan.
“Tambahan pula bukankah mereka bangga kononnya kelompok mereka ramai
terdiri daripada pengamal undang-undang, tetapi dalam masa yang sama,
mereka sendiri melanggar undang-undang apabila melibatkan kepentingan
mereka,” tegas Timbalan Menteri Kerja Raya itu lagi.
Pihak penganjur ‘Bersih 4.0’ berkeras mahu menganjurkan demonstrasi
sehari dua menjelang sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini di Dataran
Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan dan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
“Kononnya atas nama demokrasi dan hak bersuara. Bertunjangkan apa?
Bukankah negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen, wakil mereka juga
ramai di dalam Dewan Rakyat yang boleh disalurkan apa sahaja isu dan
permasalahan melalui medium yang sesuai itu.
“’Bersih’ di dalam pilihan raya? ‘Bersih’ dari segi apa? Kekalahan?
Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan kerusi parlimen yang dimenangi oleh
mereka tulen, tetapi yang dimenangi oleh kerajaan penuh dengan
penipuan? Mereka ini umpama ‘ayam terlepas, tangan penuh tahi ayam’.
Logiknya? Tidak percaya kepada sistem pilihan raya di negara ini,
tetapi angkat sumpah sebagai wakil rakyat dan terima elaun yang dibayar
dan yang lebih teruk lagi berebut hingga tahap fitnah menfitnah sama
sendiri semata-mata hendak menjadi Menteri Besar! Tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment