Thursday, August 27, 2015
Kewujudan DEIG Penuh Misteri Dan Berunsurkan Keuntungan Politik
KUALA LUMPUR : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan penubuhan Darul Ehsan
Investment Group, DEIG mempunyai elemen political motivated atau berunsurkan politik.
Malah beliau turut mempertikaikan modul perniagaan DEIG yang kurang
jelas dan tidak telus serta percaya ianya akan memberi kesan jangka
panjang kepada negeri dan rakyat di Selangor.
“Saya melihat dari segi pelaksanaan ataupun niat yang ada di belakang penubuhan ini lebih kepada political motivated.
Bila ada elemen-elemen seperti ini kita bimbang akan berlakunya
penyalahgunaan kuasa dan kewangan syarikat itu sendiri kerana melalui
pewujudan DEIG ini banyak perkara tidak diterangkan dengan jelas kepada
umum mahupun pada sidang DUN sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Tegas beliau lagi perkara ini juga tidak dibawa untuk dibincangkan
secara terbuka dan ianya dibuat secara tergesa-gesa, seolah-olah esok
kerajaan negeri akan menghadapi pilihanraya.
“Satu lagi perkara yang saya musykil tentang kredibiliti syarikat itu
dan dua pengarahnya.
Siapa mereka ini? Atas platform apa mereka
dilantik dan apa latar belakang mereka? Adakah dalam bidang perniagaan?
Pernahkah mereka membawa kejayaan besar di dalam apa apa juga syarikat
sebelum ini?”, ujarnya.
Soalnya lagi, siapa yang menguruskan syarikat adalah penting kerana
ini melibatkan pengurusan dua syarikat yang mengurus dana 30 billion
ringgit dan satu lagi syarikat yang mengalami kerugian 400 juta yang
perlu diselamatkan.
“Kenapa mereka ini dilantik ataupun mungkin boleh dicucuk hidung ikut
cakap menteri besar? Jadi perkara-perkara ini harus dicerita kepada
umum. Kita tidak mahu satu syarikat bergerak mewakili kerajaan negeri
kononnya bagi faedah rakyat secara keseluruhan tetapi akhirnya membawa
keburukan kepada rakyat negeri Selangor”, tegasnya.
Tambah beliau lagi, perkara ini juga tidak di bawa ke persidangan dewan udangan negeri Selangor untuk dibincangkan.
“Jadi tidak diketahui apakah dasar-dasar kewujudannya dan semua ini
adalah satu usaha yang akan mengundang mala petaka besar yang akhirnya
rakyat Selangor akan menanggung akibatnya”, akhiri beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment