Thursday, August 27, 2015

Rakyat Diseru #sehatisejiwa Tolak Budaya Fitnah Sempena Hari Kebangsaan 2015

KUALA LUMPUR : Menjelang sambutan hari kebangsaan yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi, masyarakat dan seluruh rakyat negara ini diseru mengambil tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini #sehatisejiwa untuk sama-sama bertekad menolak budaya fitnah yang semakin menjadi-jadi terutama di alam siber.

Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Datuk Baharum Mohamad berkata budaya fitnah dan tohmahan yang semakin berleluasan hari ini seolah-olah tidak ada penghujungnya dalam menjayakan matlamat dan agenda pihak-pihak tertentu.

Menurut beliau jika hari kemerdekaan mengingatkan seluruh rakyat tentang membebaskan negara daripada penjajah, alangkah manisnya pada tahun ini seluruh masyarakat mencari kelainan dengan sama-sama sehati sejiwa mengambil pendekatan untuk menolak budaya yang tidak memberi apa-apa manfaat baik untuk rakyat mahu pun negara itu sendiri.
KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Sebahagian peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi giat menjalani latihan pada acara raptai sempena Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka hari ini. Hari Kebangsaan Ke-58 kali ini bertemakan 'Sehati Sejiwa'. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Malah dalam suhu politik dan juga suhu semasa negara, alangkah indanhnya jika kita sama-sama bersatu hati menolak budaya berkenaan. Cuba lihat kepada apa yang akan berlaku pada masa akan datang jika budaya fitnah ini terutama di alam maya tidak dikekang. Bukankah boleh menimbulkan kekalutan dan juga pelbagai perkara lain yang hanya merugikan kita.

“Bukankah sebelum ini dan hari ini kita sering dihujani dengan berita dan perkara yang tidak tepat baik dalam politik, ekonomi dan juga senario semasa negara. Kadangkala boleh menimbulakan suasana yang tidak menetu. Kepimpinan negara juga tidak terlepas daripada serangan fitnah yang berlegar di alam maya.

“Sebab itulah saya mengajak semua pihak untuk sama-sama kita mengambil tema hari kebangsaan pada tahun ini untuk kita bertekad menolak budaya fitnah yang hanya merugikan kita semua,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengambil pepatah yang kalah jadi arang dan yang menang jadi abu, Baharum yang juga bekas Ahli Parlimen Sekijang seterusnya menambah dalam konteks pembinaan negara bangsa, seluruh rakyat perlu melihat jauh ke depan.

Katanya renung-renungkanlah dengan apa yang berlaku di beberapa negara luar yang kacau bilau dan keamanannya terganggu dan akhirnya kesan yang dihadapi dalah rakyat setempat.

“Jadi selain sama-sama menolak budaya fitnah, marilah kita cuba renung ke depan…Kita tengok sejauh mana apa yang berlaku kepada kita dalam beberapa tahun akan datang. hanya dengan cara sedemikian kita dapat sama-sama membina negara kita dan membantu meningkatkan pencapaian serta keupayaan negara hari ini.

“Kita janganlah jadi mereka yang cuba memusnahkan apa yang kita ada. Ambillah semangat kemerdekaan untuk kepentingan semua dan jangan melihat secara sinis gara-gara kepentingan peribadi dan sebagainya lagi,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment