Sunday, August 23, 2015
Mereka Sudah Bersumpah... Jadi Letaklah Jawatan...-Hadi
Setakat ini belum ada lagi kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan
Undangan Negeri PAS yang nak lompat ke Parti Amanah Rakyat yang hendak
ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) yang sebut mereka hendak
letak jawatan sebagai wakil rakyat.
Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang pula sekali lagi mengingatkan
mereka tentang sumpah Baiah jika bertindak keluar dari PAS.
Katanya mereka sudah bersumpah maka perlu kosongkan kerusi wakil rakyat yang dimenangi atas tiket PAS.
Bercakap kepada wartawan di Kota Sarang Semut,Kedah Sabtu,Hadi
menegaskan wakil rakyat PAS yang berkenaan wajar menjaga maruah mereka
setelah bersumpah.
Serentak dengan itu Presiden PAS itu menolak andaian parti itu terjejas
dengan tindak tanduk sebilangan wakil rakyatnya yang menyertai GHB
setakat ini.
GHB akan mempelopori pendaftaran Parti Amanah Rakyat yang akan menjadi
wadah baru mereka.DAP dan PKR sudah membuka pintu bagi parti itu bila
didaftarkan kelak untuk menyertai pakatan baru dengan mereka.
Hadi menegaskan PAS telah melalui keadaan yang lebih genting di masa lalu dan mampu bangun semula.
Beliau mendakwa semakin ramai orang muda yang tunjuk minat pada parti itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment