Sunday, August 23, 2015

PAS Kelana Jaya Rebah, 87 Pemimpin Sertai GHB... Ahli PAS Menyertai GHB Memang BARUA DAP

SHAH ALAM : PAS Selangor dilihat semakin rebah apabila 87 pimpinan Kawasan Kelana Jaya meletakkan jawatan masing-masing untuk menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

Turut mengambil tindakan sama ialah seramai 64 pemimpin PAS Kawasan Subang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya, Izham Hashim, berkata selain beliau, Timbalan Yang Dipertua, Omar Ahmad dan Naib Yang Dipertua, Muzammil Hafiz, turut sama meletak jawatan.

"Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 23 Ogos 2015, bersama-sama 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Shah Alam sesi 2015-2017," katanya di sini, pagi tadi.

Selain itu, Izham berkata, majoriti enam AJK daripada 11 cawangan kawasan Kelana Jaya turut sama mengikut jejak langkah mereka meletak jawatan.

"Perletakan jawatan secara keseluruhan di peringkat kawasan Kelana Jaya membabitkan AJK melebihi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan AJK.

"Jadi, kami menyerahkan pentadbiran di kawasan Kelana Jaya kepada PAS Pusat," katanya.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU: Seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Gelang Patah meletak jawatan berkuat kuasa serta merta bagi menyertai GHB.

Turut meletak jawatan ialah Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dzulkefly Ahmad, Naib Yang Dipertua, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Dzulkefly berkata, peletakan jawatan itu turut membabitkan Ketua Pemuda Pas kawasan itu, Mohd Azam Mektar.

Katanya, PAS kawasan itu mempunyai 700 ahli dan turut meletak jawatan ialah AJK sembilan daripada keseluruhan 20 cawangan PAS kawasan terbabit. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment