Sunday, August 23, 2015
Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah Sertai PAS
ALOR SETAR : Bekas Naib Pengerusi I DAP Kedah, Syed Araniri Syed
Ahmad, menyertai PAS selepas menyerahkan borang permohonannya kepada
Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS negeri di sini,
malam ini.
Syed Araniri yang menyertai DAP pada Januari 2012 mendapati
perjuangannya bersama DAP selama hampir dua tahun hanya sia-sia dan
tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Katanya, DAP hanya memancing beberapa tokoh Melayu untuk dijadikan alat
bagi menarik undi ketika Pilihan Raya Umum (PRU), namun bimbang jika
orang Melayu atau Islam menjadi dominan dalam parti itu.
"Mereka ini hanya berpura-pura mendekati orang Melayu dan Islam tetapi
hakikatnya tidak ikhlas...mereka mahu undi orang Melayu, tetapi tidak
mahu Melayu dominan di dalam parti.
"Saya menyertai DAP dulu kerana percaya parti itu penuh dengan
integriti, tetapi saya akhirnya sedar ia hanya pura-pura dan hakikatnya
lain," katanya ketika ditemui di sini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment