Monday, August 24, 2015
PANASSS!!! Beranikah Penderhaka Sahut Cabaran Hj Hadi?
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parlimen dan
ADUN PAS yang bertindak menyertai parti lain perlu mengosongkan kerusi
yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata tindakan tersebut perlu kerana mereka telah berbaiah
semana menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat, lapor Mingguan
Malaysia hari ini.
Laporan itu juga menyebut Hadi berkata kini terpulang kepada maruah
pemimpin itu untuk mengosongkan kerusi masing-masing seperti yang
dijanjikan.
"Mengikut perlembagaan parti, keahlian mereka gugur secara automatik jika mereka menyertai parti lain.
"Terpulang kepada mereka kerana mereka maklum dan mengetahui mengenai
baiah yang dibuat. Sepatutnya kena kosongkan kerusi jika sudah menyertai
parti lain," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Beliau mengulas beberapa pemimpin dan ahli PAS yang terlibat menubuhkan
parti Islam baru yang dijangka diumumkan pada 31 Ogos depan. Dilaporkan
parti Islam itu dikenali Parti Amanah Rakyat.
Dalam laporan itu juga, Hadi berkata PAS masih lagi menjadi parti yang
kuat dan terus mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat termasuk
kumpulan profesional.
Laporan itu menyebut, Hadi berkata PAS menerima 9,000 permohonan
keahlian baru tetapi buat masa ini sebanyak 6,000 yang mampu diproses
dan PAS boleh bangkit menjadi parti Islam yang kukuh seterysnya mendapat
sokongan dari dalam dan luar negara.
"Kita pernah menghadapi cabaran yang lebih besar, daripada ini oleh itu
kita perlu sentiasa istiqamah dan yakin bahawa Islam adalah penyelesai
masalah dan penyelamat," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment