Monday, August 03, 2015
Muhyiddin Mengaku Tak Tidur Malam Takut Kena Tangkap
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau
terpaksa menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
untuk mengesahkan sama ada benar dirinya akan ditangkap.
“Saya cuba tanya Zahid, Timbalan Perdana
Menteri yang baru dipilih. Saya tanya Zahid, benarkah saya ni nak ditangkap,
nak hukum saya. Saya tidak percaya, tapi isteri saya (yang percaya).
“Takkanlah lepas awak jadi Timbalan Perdana Menteri, nak tangkap bekas Timbalan Perdana Menteri,” katanya di hadapan
perwakilan Umno Bahagian Kluang ketika merasmikan mesyuarat bahagian itu
semalam.
Selepas menjalankan semakan, Muhyiddin
berkata Zahid memaklumkan kepadanya, ia hanya khabar angin.
“Dia kata, tidak Tan Sri. Beliau buat
pengesahan. 15 minit, 20 minit kemudian, beliau hubungi saya semula. Beliau
kata saya dan isteri boleh tidur nyenyak,” katanya.
“Tapi, malam itu tak boleh tidur juga,”
katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insider.
Muhyiddin berkata, perkara berhubung
penangkapan itu dimaklumkan anaknya, yang melarang beliau pulang ke rumah
ekoran terdapat sekumpulan wartawan di kediamannya.
“Anak saya hubungi saya, dia kata ayah
jangan balik rumah dulu, pemberita ramai berkumpul di luar rumah,” katanya.
Khabar angin timbul selepas satu rakaman
video bocor di Internet, menunjukkan Muhyiddin memberitahu tetamu di rumahnya
yang Najib mengaku menerima RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi
beliau pada 2013.
Zahid juga menyentuh mengenai perkara itu,
menurut laporan di The Star hari ini.
Beliau memberitahu akhbar itu, beliau tidak
tahu mengapa tuduhan itu tersebar memandangkan tidak ada sebab untuk menangkap
pendahulunya itu.
“Saya terima banyak panggilan telefon
daripada mereka yang bimbang, bertanya sama ada benar bekas timbalan perdana
menteri akan ditangkap. Saya pastikan kepada mereka, beliau tidak akan
ditangkap.
“Khabar angin ini mengarut sama sekali.
Saya hubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk sahkan tuduhan itu, dan
mereka juga kata tidak.
“Saya sendiri kemudiannya menghubungi
Muhyiddin pukul 2 pagi (semalam) bagi memastikan kepada beliau dan isterinya,
yang polis tidak akan menangkapnya,” kata Zahid kepada The Star.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment