Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya selesa dengan
kewujudan mereka yang dilabel sebagai ‘yes man’.
Jelasnya,
beliau tidak kisah sekiranya ada di kalangan pimpinan samada di dalam kerajaan
mahupun parti tidak bersetuju dengan beliau.
Beliau
berkata demikian ketika menjelaskan berkenaan khabar angin yang disebarkan
mengatakan beliau selesa dengan pimpinan ‘yes man’.
“Saya tak
mahu ‘yes man’, tapi janganlah ‘no man’ di luar. Kalau nak cakap no (tidak) ada
tempatnya, ada ruangnya.
“Kalau cakap luar, itu
macam pembangkang. Saya tak kisah nak bangkang di dalam. Ada yang tidak
bersetuju dengan saya, nak tumbuk mejapun tumbuklah, tapi jangan kata di luar,”
katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Hulu
Selangor.
Beliau turut berkata demikian bagi menjelaskan berhubung rombakan kabinet yang
dilakukannya awal minggu lalu.
Katanya,
beliau memerlukan barisan kabinet yang mantap dan kukuh begitu juga keadaannya
buat parti.
“Saya mahukan
parti `solid’ dan juga kabinet yang `solid’. Jika mantap maka lebih mudah kita
lakukan kerja. Alhamdulillah rombakan kabinet ini dapat diterima umum,”
katanya.
Semalam, Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan bahawa ahli-ahli UMNO
tidak boleh menjadi ‘yes man’.
Kata mantan
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, ahli perlu menerima hakikat
bahawa adanya keperluan untuk ditegur dan menegur di dalam parti mahupun
kerajaan bagi memastikan kedudukan terus kukuh dan membaiki kepincangan yang
timbul.
Sebelum ini,
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yaasin di dalam ucapan di majlis
Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras menyampaikan pandangannya berhubung skandal
syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Tidak lama selepas
Muhyiddin menyampaikan pandangannya itu, Najib melakukan rombakan kabinet dan
sekali gus menggugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dijawat Ahli
Parlimen Pagoh itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment