Monday, August 17, 2015
Muhyiddin Tidak Terlibat Komplot Guling Kerajaan - Ahmad Zahid
SERI MANJUNG : Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
tidak terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan, kata Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu berkata beliau
mendedahkan perkara tersebut memandangkan beliau dan Menteri Besar
Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan
Timbalan Presiden UMNO itu.
"Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Tan Sri Muhyiddin.
"Kami (Ahmad Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik),
jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau
henyak orang yang jatuh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan
UMNO Bahagian Lumut di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung di
sini, Ahad malam.
Turut hadir, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak
merangkap Ketua UMNO Bahagian Lumut serta Setiausaha Badan Perhubungan
UMNO Perak Datuk Saarani Mohammad.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment