Monday, August 17, 2015
NGO Desak Halang Bersih 4.0.. Sikit-Sikit Di Jalan TAR
15 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
mengadakan perhimpunan aman di hadapan kompleks beli-belah Sogo hari ini
bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menghalang
Bersih 4.0 daripada berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos ini.
Kumpulan yang diketuai Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal
Md. Yunos berkata, pihak berkuasa terutama polis dan Peguam Negara perlu
mengambil pengajaran daripada penganjuran siri-siri Bersih terdahulu
yang telah merosakkan serta memudaratkan kehidupan seharian warga kota.
Mereka yang berkumpul pada pukul 4.30 hingga 5 petang itu turut meminta
rakyat Malaysia tidak melayan agenda perhimpunan yang akan diketuai
Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah berkenaan demi kesejahteraan
dan ketenteraman negara ini.
“Kita mendesak pihak polis bertindak terhadap penggerak-penggerak Bersih
4.0 dan Peguam Negara mendakwa mereka di atas nama kecintaan terhadap
keamanan. Tangkap mereka, dakwa mereka dan penjarakan mereka.” katanya
kepada pemberita ketika perhimpunan tersebut.
Kira-kira 100 orang mewakili lebih 15 NGO menyertai perhimpunan tersebut
yang dinamakan ‘Bersih 4: Cintakan Keamanan, Menyokong Kepimpinan Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Menolak Bersih Jahat Berhasrat Menjatuhkan
Perdana Menteri’.
Dalam pada itu, Jamal memberitahu, sekiranya Bersih 4.0 masih berdegil
untuk meneruskan perhimpunan tersebut, beliau tidak teragak-agak untuk
mengumpulkan lebih 10,000 orang pada 29 hingga 31 Ogos ini dan
bertembung dengan Bersih 4.0.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment