Monday, August 17, 2015
Nik Abduh Tak Kisah Abangnya Ikut Mat Sabu...
Nik Abduh membuat kenyataan menafikan bahawa abangnya, Nik Omar telah
menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). Menurut kenyataan beliau kepada
media, Nik Abduh menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu tentang hasrat
abangnya tersebut seperti yang disebarkan oleh laman rasmi GHB sebelum
ini.
“Saya hubungi dia berada di Thailand kerana dua, tiga hari menghantar
anak dia belajar. Saya tak tahu gambar tu gambar bila kerana dia dua,
tiga hari berada di Thailand.
“Saya tak boleh nak komen,” katanya Berikut jawapannya ketika ditanya jika Nik Omar menyertai GHB.
Walaubagaimanapun, Nik Abduh tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya
benar Nik Omar mahu menyertai GHB dibawah pimpinan Mat Sabu kerana Nik
Abduh berpandangan, ianya adalah hak masing-masing.
“Saya terima. pimpinan Pas, pimpinan UMNO, pimpinan DAP masing-masing
demokratik untuk siapa-siapa nak pilih gerakan masing. Keluarga saya ini
10 orang masing-masing semua sokong Pas tetapi NGO ini masing-masing
berbeza.
“Ada yang ikut IKRAM, ada yang ikut ISMA tapi tabligh tidak ada lagi.
Pak sedara keluarga saya banyak ..ayah saya tak marah kerana semuanya
sokong Pas. Dalam krisis ini pun mungkin ada perbezaan antara kami adik
beradik tapi itu tidak menjejaskan hubungan,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment