Monday, August 17, 2015
Anwar Lebih Bodoh Dari Budak Sekolah Di Dalam Bab Ekonomi.. - Kit Siang
Kenyataan terbaharu Lim Kit Siang berkenaan Anwar Ibrahim menimbulkan
satu persoalan adakah pemimpin seumur hidup DAP itu kini mengalami
penyakit amnesia (ingatan terpilih).
Kit Siang dalam kenyataan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua
Menteri Pulau Pinang pada 9 Ogos berandaian jika Anwar adalah Perdana
Menteri Malaysia, ekonomi negara tidak seteruk sekarang.
“Jika Anwar yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang, negara tidak
akan dilanda krisis politik, ekonomi dan kepimpinan seperti yang
berlaku pada masa ini,” kenyataan Kit Siang dipetik.
Pada tahun 1993, ketika Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen
menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak berpengetahuan dalam bidang
ekonomi, malah lebih teruk daripada pelajar sekolah.
Ia berkaitan dengan kerugian berbilion-bilion ringgit oleh Bank Negara ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia.
Satu rencana yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang
Harakah bertajuk “Kerugian Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?” memetik
kata-kata Ketua Pembangkang, Kit Siang di Parlimen, Selasa, 27 April
1993:
“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab
persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara
ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian
pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah
kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap
liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai
ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang
asing.”
Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang
menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika
berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 beliau berkata:
“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta
sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang
loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun
selama 22 tahun! ”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment