Tuesday, August 18, 2015

Nik Abduh Tidak Galak Ahli PAS Sertai Bersih

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, kenyataannya menggalakkan ahli Pas menyertai perhimpunan jalanan Bersih 4.0 telah disalah petik oleh media.
http://3.bp.blogspot.com/-SmB93dMRNyk/VdDW41FLDrI/AAAAAAAAzR8/dicuT045dOs/s1600/Nik-Mohamad_pas_600.jpg
Menurut beliau, Pas tidak terlibat secara langsung dengan perhimpunan berkenaan dan partinya akan hanya mengeluarkan pendirian rasmi mengenai Bersih dalam waktu terdekat ini.

“Beberapa media dan akhbar memetik kenyataan saya secara salah mengenai Bersih 4.0 bahawa saya menggalakkan ahli dan Pemuda Pas untuk menyertai Bersih 4.0.

“Kenyataan salah tersebut pas­tinya bertentangan dengan kenya­taan Pas sebelum ini, sedangkan saya secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda Pas adalah selari de­ngan pendirian asal parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal propembangkang melaporkan Nik Mohamad Abduh menggalakkan ahli Pemuda Pas untuk menyertai Bersih.

Pada 13 Ogos lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu, partinya hanya menghantar dua orang wakil sahaja ke perhimpunan tersebut kerana Pas akan mempunyai majlisnya tersendiri.

Menurut Nik Mohamad Abduh, meskipun Pas tidak terlibat secara langsung, Dewan Pemuda Pas tidak akan menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan tersebut.

“Pas akan menyatakan sikap secara rasmi mengenai Bersih 4.0 dalam tempoh terdekat, insya-Allah,” katanya.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment