Tuesday, August 18, 2015
Padah Selar Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Laman Instagram
Azwan Ali diugut tumbuk oleh followers kerana kelancangannya itu.
"Aku bagitau ko baik-baik. Jangan sesekali ko sentuh soal politik TSMY.
Kalau aku jumpa ko, pasti aku tumbuk muka ko!! Lakhanat!" kata pengguna
Instagram Razalee Saudi yang memberikan amaran keras kepada Azwan Ali
yang berperwatakan lembut itu.
Susulan menerima komen berbaur ugutan itu, Azwan Ali segera membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
"Diva AA ke balai polis. Repot pertama, kes ugut penjenayah melalui Instagram DivaAzwanAvazz.
"Suspek disyaki penyokong tegar EX DPM @ TPM! Wait, kita tengok siapa
yang kena. Mak bapak ko punya pasal sokong any leaders. But don't try to
ugut Azwan Ali. See you in court!" balasnya yang mahu memfailkan saman
terhadap Razalee.
Pada masa yang sama, Azwan Ali turut meminta followersnya mendoakan agar
kes ugut jenayah terhadapnya itu disiasat dan teringin sekali melihat
wajah lelaki yang mengugutnya itu.
"My 93.8 great followers, tolong doakan kes ugut jenayah ini sangkut
kali ini. Kita tengok rupa suspek penjenayah itu di mahkamah dengan
coverage semua media dan tv. Pray ya? Thank you for your doa!," katanya.
Azwan juga meminta agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membantunya agar suspek kes diheret ke mahkamah.
Bagaimanapun, respon netizen pula lain nadanya. "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,".
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment