Monday, August 17, 2015

PANAS BERCILI! Siapakah Dalang Yang Mahu Menjatuhkan Kerajaan Yang Ada Sekarang?

Apabila Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa wujudnya tokoh UMNO yang cuba menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang ramai pihak tertanya-tanya siapakah gerangannya tokoh UMNO tersebut.

Sudah semestinya ia merupakan orang dalam parti atau kerajaan dan seorang tokoh dan bukannya orang luar parti dan pemimpin kecil.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Lim Kit Siang tidak berpendapat menggulingkan kerajaan sebagai suatu kesalahan jenayah, sebaliknya ia adalah suatu proses demokrasi. Ini bermakna beliau bersetuju bahawa YAB Perdana Menteri perlu digulingkan.

Namun demikian, beliau bukannya tokoh UMNO dan bukannya orang dalam parti.

Jadi, siapakah yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi?

Apakah Tun Dr. Mahathir yang selama ini berkonfrantasi dengan YAB Dato' Seri Mohd Najib? Mahathir merupakan seorang tokoh negarawan dan mantan Perdana Menteri, tapi beliau bukan tokoh UMNO. Beliau adalah bekas tokoh.

Justeru itu siapakah dalangnya?  Bekas Ketua Pengarang New Strait Times, Datuk A. Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan YM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh UMNO tersebut.

Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO  Bahagian Gua Musang.

Apakah beliau mempunyai kelayakan sebagai tokoh UMNO dan mempunyai potensi menggulingkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri?

Mari kita analisa satu persatu fakta berikut.
1. Beliau masih mempunyai pengaruh yang kuat di dalam dan di luar UMNO atau kerajaan meski pun beliau bukannya seorang Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Politik kepada mana-mana Menteri/Timbalan.

2. Ramai di kalangan para pemimpin pembangkang seringkali berjumpa dan berbincang dengan beliau kemungkinan-kemungkinan besar beliau menerajui pakatan pembangkang setelah ketiadaan Anwar Ibrahim.

3. Tun Dr. Mahathir dan para penyokongnya di dalam parti dan kerajaan banyak kali mengadakan pertemuan-pertemuan rahsia dengan Ku Li dan mahu beliau memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin yang mampu 'check and balance' terhadap apa jua dasar dan program kerajaan.

Adalah tidak mustahil beliau bukan sahaja diminta pandangan dan buah fikirkanlah, bahkan beliau adalah 'Master Mind' yang selama ini umpama harimau menyembunyikan kukunya.

Sudah pasti lontaran idea Lim Kit Siang agar setiap Ahli Parlimen membentuk satu pakatan baru demi kempen "Selamatkan Malaysia" tidak akan diwar-warkan sekiranya tiada maklumbalas positif yang awal dari mana-mana tokoh dalaman UMNO atau Barisan Nasional.

Ringkasnya, penulis berpendapat bahawa wujudnya tokoh dalaman UMNO yang diyakini dan berpengaruh mendorong Kit Siang melontarkan idea kerajaan perpaduan Ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti yang diwakili demi Selamatkan Malaysia dari Najib Razak.

Fikirkanlah siapa yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi tersebut. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment