Monday, August 17, 2015
Mengapa Dana Politik UMNO Dimasukkan Dalam Akaun Peribadi Najib? Kenapa Tak Masukkan Dalam Akaun Parti?
Sejak awal penubuhannya dana politik untuk Umno disimpan dalam akaun
amanah milik parti dengan ada beberapa nama orang ahli sebagai trustee.
Apabila Umno diharamkan pada tahun 1988 pengalaman yang dirasakan oleh
para pemimpin dan ahli-ahli parti cukup perit apabila semua wang dalam
parti dibekukan.
Lalu dana politik untuk parti diamanahkan kepada kepada beberapa orang
lalu dimasukkan ke dalam beberapa akaun individu yang diberi kepercayaan
dalam parti. Namun cara sedemikian turut ada masalah-masalahnya. Apa
yang akan jadi apabila ada yang meninggal dunia? Apabila ada mana-mana
individu yang terlibat memegang amanah berkenaan meninggal dunia mungkin
ada isteri dan waris-waris si mati yang mungkin tidak tahu menahu asal
usul wang yang disimpan menuntut hak ke atas wang berkenaan. Audit juga
lebih rumit untuk dilakukan kerana ia melibatkan banyak akaun.
Dikhuatiri akan berlaku kehilangan dan ketirisan.
Lalu diputuskan dana politik untuk Umno diamanahkan kepada Presiden
parti. Wang dalam satu akaun peribadi milik presiden parti lebih mudah
untuk diuruskan dan diaudit. Wang milik parti adalah suatu amanah.
Presiden parti tidak akan membuat sebarang tindakan dan keputusan yang
akan merugikan partinya sendiri kerana jika ia berlaku nama Presiden
parti sendiri yang akan terjejas paling teruk.
Kesimpulannya, ada beberapa pilihan bagaimana dana politik untuk parti
boleh disimpan. Setiap pilihan ada kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Untuk Umno Presiden parti telah diberikan amanah
berkenaan. Jika Presiden parti mahu menyelewengkan wang dana parti itu
urusan dia dengan Allah dan ahli-ahli parti. Akaun yang ditentukan itu
ada yang menguruskannya. Audit lebih mudah dibuat kerana hanya satu
akaun yang terlibat. Tiada agenda manusia yang sempurna tetapi amat
merugikan apabila ada agenda yang sudah cukup baik tetapi tidak
dilaksanakan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment