Monday, August 17, 2015
PANAS...Ketua Komplot Nak Guling Kerajaan Temui PM Petang Ini - Zahid
Siapa pemimpin UMNO yang didakwa ketuai komplot nak guling kerajaan
mengunakan surat akaun bersumpah Ahli Parlimen terus menjadi teka teki.
Setelah dedah mengenai hal itu masa rasmi mesyuarat UMNO Bahagian Ampang
Sabtu...hari ini Ahad Datuk Seri Zahid Hamidi terus bikin suspen.
Perwakilan UMNO Bahagian Tampin terdiam sejenak bila Timbalan Perdana
Menteri ' udpate' mereka dengan kisah terbaru pendedahannya itu sewaktu
beliau merasmikan mesyuarat bahagian itu.
Beliau memberitahu pemimpin UMNO berkenaan akan adakan pertemuan dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 6 petang ini (Ahad).
Katanya pemimpin berkenaan sudah sedar perbuatannya adalah salah.
"Jadi dia akan jumpa Perdana Menteri dan Presiden UMNO petang ini,"katanya tanpa beritahu dimana lokasi pertemuan berkenaan.
Zahid mempertahankan pendedahannya berasaskan maklumat yang kukuh dna bkan dikutip dari ' tepi jalan'.
"Maklumat saya tidak datang dari tepi jalan.Ia datang dari seseorang yang hadir dalam sama dalam mesyuarat komplot itu,"katanya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tetap enggan beritahu nama pemimpin berkenaan.
"Saya tidak beritahu semalam..saya juga tidak akan beritahu hari ini,"katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment