Monday, August 17, 2015
PANASSS!! Surat Husam Bakal Gegar Kerajaan Kelantan!!!
Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat
kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang
mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang
bersifat pelik.
Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di
Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan
bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB
tidak nyenyak tidur.
Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung
penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan
fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli
politik.
Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia
dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya
hari ini.
Carta berkenaan dinamakan "Surat Husam Pada Exco" menimbulkan enam
persoalan berhubung dengan dakwaan ke atasnya dan mendedahkan isu baharu
di Kelantan yang belum tersembur.
Carta surat Husam dari twitternya.Persoalan dibangkitkan ialah mengenai
kelulusan kawasan balak kepada syarikat Baldah, syarikat yang
bertanggungjawab menguruskan projek pembinaan Lebuh Rakyat Rakyat
Kelantan dimana beliau pernah menjadi pengerusinya sebelum kematian Nik
Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz semua jawatan dipegang Husam berkaitan kerajaan dilucutkan oleh Menteri Besar Ahmad Yaakub.
Perkembangan semasa dalam syarikat itu yang mungkin tidak diteliti oleh
pembuat fitnah menyebabkan fitnahnya tersasar kepada pihak lain. Pihak
tertentu cuba mengaitkan Husam dengan kelulusan kawasan balak kepada
Baldah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRRK).
Apa yang dapat difahami daripada carta berkenaan syarikat Baldah telah
mendapat kelulusan untuk menebang balak di kawasan melibatkan pembinaan
lebuh raya berkenaan bagi membiayai projek berkenaan. Lesen itu
diluluskan pada 27 Januari 2015 dengan tempoh sahnya hingga April hingga
Oktober 2015. No lesen ialah DT 01(P)-16-15Tahun 2015).
Yang menjadi persoalan ketika lesen itu diluluskan Husam tidak lagi
menjadi Exco Kelantan. Beliau tidak disambung perkhidmatan dalam
lantikan semula selepas pilihan raya umum Mei 2013. Secara absah beliau
tidak ada kaitan dan kuasa meluluskan lesen berkenaan.
Serentak itu juga ekoran peralihan kepimpinan kedudukannya sebagai
Pengerusi Baldah juga tidak disambung lagi. Yang menghairankan kenapa
kelulusan itu terus dikaitan dengan dirinya? Inilah faktor kenapa Husam
terpaksa mengutuskan surat kepada Exco memberi penjelasan dan meminta
beberapa penjelasan mengejutkan. Tuduhan dan fitnah terhadap Husam itu
tidak ubah seperti kerja menjolok sarang tebuan yang sarangnya melentang
mentari.
Misalnya mengenai penyitaan 1,000 tan balak oleh Pejabat Perhutanan di
kawasan lebuh raya berkenaan. Dari penjelasan itu balak yang dirampas
itu adalah milik Baldah. Ini memelikkan? Mengapa Pejabat Perhutanan
boleh menyita balak milik agensi kerajaan?
Daripada carta surat berkenaan beliau menimbulkan enam persoalan berkaitan perkara itu.
1. Siapa yang memilih kontraktor pembalakan itu dan siapa mendapat keuntungan (komisyen) daripadanya.
2. Apa terma dan kriteria dan apakah ia tender terbuka atau tertutup?
Benarkah syarikat yang mendapat tander itu syarikat Lucky Wong?
3. Kenapa Pejabat Perhutanan menyita balak yang dikeluarkan kepada Baldah sebanyak 1,000 tan?
4. Apakah Baldah yang membuat laporan berhubungan kegiatan pembalakan
haram berhampiran dengan kawasan miliknya. Kalau ada, apakah laporan
polis atau laporan ke Pejabat Perhutanan? Jika tidak kenapa?
5. Adakah pengerusi Baldah mengetahui siapa bertanggungjawab melakukan
pembalakan haram berhampiran kawasannya? Jika tidak mengapa?
6. Adakan kawasan R n R yang direzebkan untuk lebuh raya itu juga hutannya ditebas tebang.
Enam persoalan dibangkitkan Husam itu perlu dijawab dan diberi
penjelasan oleh Exco khasnya Menteri Besar Ahmad Yaakub dan timbalannya
Mohd Amar Nik Abdullah yang dianggap zuhud dan sangat adil dalam
pemerintahannya.
Sudah pasti rakyat Kelantan ingin mengetahui kedudukan perkara itu. Bagi
Husam pula beliau mahu membersihkan dirinya dari segala sangka buruk
yang diterimanya tidak habis-habis selepas ketiadaan Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
Sekiranya apa dibangkitkan oleh Husam itu belum ada dalam pengetahuan
kerajaan negeri ia hendaklah disiasat secara serius dan tindakan kepada
mereka terlibat hendaklah diambil. Jangan bersikap berat sebelah dan
pilih kasih. Mereka yang memfitnah Husam juga perlu bertaubat.
Sehubungan itu juga mana-mana pihak di Kelantan, sama ada parti, badan
NGO perlu membuat laporan kepada SPRM agar menyiasat apa yang
dipersoalkan Husam itu. Mereka bertanggungjawab "mentankedarah" harta
rakyat wajib dihukum. Saya percaya sikap dan amalan bekas MB sebelum ini
yang sedia disiasat diteruskan oleh MB kini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment