Tuesday, August 04, 2015
Pas Amal Politik Pelik Tangani Isu GHB
4 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Tindakan Pas Kuala Terengganu yang memutuskan
kerjasama dengan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Raja Kamarul
Bahrin Shah Raja Ahmad Raja Bahrin selepas beliau dikatakan sebagai
pengerusi Gerakan Harapan Baru (GBH) kawasan itu, dilihat sebagai
politik yang cukup pelik di abad ini.
Bekas aktivis Pas Ustaz Mohd Riza Kamarudin berkata situasi dalam Pas
ketika ini sungguh pun pelik, namun tindakan tersebut
sekurang-kurangnya boleh dipuji kerana Pas Kuala Terengganu lebih berani
malah lebih agresif berbanding dengan pucuk pimpinan mereka.
Menurut beliau sebenarnya tindakan dan sikap berpeluk tubuh oleh
pucuk pimpinan Pas dengan membiarkan kumpulan GHB bermaharajela
sedangkan mereka masih ahli parti berkenaan adalah satu tindakan yang
kurang bijak.
“Kita nak cakap lebih-lebih pun satu perkara yang tidak sepatutnya
kerana itu melibatkan soal dalaman. Namun dalam soal ini sepertimana
yang dikatakan tadi tindakan Pas Kuala Terengganu itu satu perkara yang
ajaib kerana statusnya Ahli Parlimen terbabit masih lagi ahli Pas.
“Bukankah sepatutnya Pas Kuala Terengganu boleh mengusulkan kepada
pucuk pimpinan untuk mengambil tindakan disiplin dan sebagainya.
“Putus di peringkat bahagian tetapi pucuk pimpinan Pas masih tidak
ada apa-apa jawapan. Jadi apa statusnya Raja Bahrin?,” katanya kepada
UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan Pas kawasan Kuala Terengganu secara rasmi
memutuskan sebarang kerjasama dengan ahli Parlimen kawasan itu, Raja
Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selepas beliau mengisytiharkan diri
sebagai pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri.
Setiausaha Pas kawasan itu Mohd Soud Mat Ali berkata, mereka membuat
keputusan itu susulan pengisytiharan Kamarul Bahrin di Jerteh Jumaat
lalu.
Sambil menyifatkannya Pas sebagai ‘kluk-klek’ berhubung isu terbabit,
Ustaz Riza seterusnya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti itu untuk
mengambil contoh keberanian yang ditunjukkan oleh Pas Kuala Terengganu.
Kata beliau lagi sekiranya Pas Pusat ada maruah mereka sepatutnya
menjadikan Pas Kuala Terengganu sebagai contoh teladan dalam berdepan
dengan mereka yang menyertai GHB.
“Begitu juga dengan Pas kawasan lain. Jadikanlah contoh apa yang
dilakukan oleh Pas Kuala Terengganu. Mereka cukup berani untuk berdepan
dengan mereka yang dikatakan bersama dengan GHB,” katanya.
Diptik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment